Artikel Terkini

Lelaki jumpa berlian besar, hodoh

Lelaki jumpa berlian besar, hodoh
Lelaki jumpa berlian besar, hodoh 1

LITTLE ROCK, ARKANSAS – Seorang pelawat bertuah menemui sebutir berlian di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News semalam. 

David Anderson menggelar permata yang ditemuinya sebagai ‘Big, Ugly Diamond’ atau ‘Bud’ yang bermaksud berlian besar dan hodoh. 

Berlian berwarna coklat seberat 3.29 karat (0.66 gram) itu ditemui di Crater of Diamonds State Park pada 4 Mac lalu.

Pada setiap hari, satu atau dua butir berlian akan ditemui oleh pelawat di taman tersebut dan mereka dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk menyimpannya.

Anderson menemui permata itu ketika dia dalam perjalanan melawat zon pencarian berlian seluas 37.5 ekar di taman itu, kata pegawai taman dalam satu kenyataan akhbar Rabu lalu.

“Pada awalnya saya fikir ia adalah kuarza  tetapi tertanya-tanya mengapa ia sangat berkilat. Sebaik sahaja mengambilnya, saya menyedari ia adalah berlian,” kata Anderson.

Tambah Anderson, dia mula melawat taman itu sejak kali pertama mengetahuinya melalui televisyen pada 2007. 

“Selepas menemui berlian pertama berwarna putih seberat 1.5 karat (0.3 gram), saya menjadi ketagih,” katanya sambil menambah, sejak itu, dia telah menemui lebih 400 butir berlian di taman tersebut.

Antara koleksi berliannya ialah sebutir permata berwarna kuning seberat 3.83 karat (0.77 gram) yang ditemui pada 2011 dan berlian putih seberat 6.19 karat (1.2 gram) yang ditemui pada 2014.

Seperti pengunjung lain, Anderson berkata dia juga bercadang untuk menjual berlian yang ditemuinya baru-baru ini kepada tukang pertama di kawasannya.

Berlian Bud itu adalah yang terbesar ditemui di taman tersebut sejak September 2021 apabila seorang pelawat menemui sebutir berlian seberat 4.38 karat (0.88 gram).  – Agensi

 


Lelaki jumpa berlian besar, hodoh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo