Artikel Terkini

Lelaki maut dibelasah, gaduh angkara mabuk

Lelaki maut dibelasah, gaduh angkara mabuk
Lelaki maut dibelasah, gaduh angkara mabuk 1

JOHOR BAHRU – Angkara mabuk, seorang lelaki berusia 50-an maut dipukul selepas terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Segget, berhampiran pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.40 malam.

Menurut beliau, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca akibat mangsa dan suspek berada dalam keadaan mabuk.

“Bertindak atas maklumat awam, anggota polis bergegas ke lokasi sebelum mendapati seorang lelaki warga tempatan terbaring dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan yang hadir dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Raub, suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan juga penyalahgunaan dadah.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek bergaduh dalam keadaan mabuk akibat pertengkaran mulut, di mana suspek telah memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki di bahagian muka dan kepala sehingga menyebabkan kecederaan parah,” ujarnya.

Raub turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang bertindak pantas dengan membantu membuat tangkapan terhadap suspek bagi membolehkan kes berkenaan selesai dalam tempoh 24 jam.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Lelaki maut dibelasah, gaduh angkara mabuk 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo