Berita

Lelaki maut ketika berjoging | Harian Metro

Lelaki maut ketika berjoging | Harian Metro 2

Kepala Batas: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas saluran jantungnya tersumbat ketika sedang berjoging di kawasan sawah padi berhampiran rumahnya di Kampung Guar Kepayang, Sungai Dua, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi tadi, mangsa, Jasni Ishak, 50, ditemukan terbaring dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung dekat situ sebelum menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Temubual yang dijalankan ke atas isteri mangsa berusia 49 tahun memaklumkan bahawa suaminya keluar berjoging di kawasan sawah padi berhampiran rumah mereka sekitar jam 7.30 pagi.

“Isteri arwah terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita kematian suaminya apatah lagi suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya adalah disebabkan saluran jantung tersumbat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lelaki maut ketika berjoging | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo