Artikel Terkini

Lelaki maut terperosok bawah kontena

Lelaki maut terperosok bawah kontena
Lelaki maut terperosok bawah kontena 1

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut setelah lori kontena dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 382.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Behrang di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Khairuddin Md. Taharim, 44, ditemukan pasukan penyelamat terperosok bawah kontena bermuatan besi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Ahmad Nazirulmubin Narodi berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.50 tengah malam dengan sepasukan 10 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai tercampak apabila dia ditemui di bawah kontena. Pasukan mengambil langkah keselamatan awal sebelum melakukan operasi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira tiga jam kemudian. Operasi mengambil masa kerana menunggu kren untuk mengangkat kenderaan berat itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ketika menyelamat, sebuah treler muatan paip besi dipercayai terbabas melanggar dua kereta, ambulans yang bersedia di lokasi kejadian sebelum melanggar kontena.

Katanya, impak kemalangan itu menyebabkan tiga anggota tercampak dan cedera ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Plustrafik melalui ciapan di Twitternya memaklumkan setakat pukul 6.38 pagi, semua lorong masih terhalang menyebabkan kesesakan lebih empat kilometer.

Kerja pengalihan sedang dijalankan manakala kenderaan ke selatan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Slim River. – KOSMO! ONLINE


Lelaki maut terperosok bawah kontena 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo