Infotainment

Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya ‘Prank’ Sempena Hari Jadi

Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya ‘Prank’ Sempena Hari Jadi
Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya 'Prank' Sempena Hari Jadi 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini, seorang lelaki yang memuat naik video di akaun TikToknya yang mahu membuat prank kepada anak saudara lelakinya semasa ulang tahun ke-11 telah mengundang kecaman dari warganet.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian video tersebut menunjukkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Saiful Aniq Rayyan Saiful Fadhirul dijadikan gelandangan sebelum dibersihkan menjadi orang ‘normal’.

Menurut sumber, Nur Syahzuan Yunus, 21, menjelaskan dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular. Malah, dia tidak mempunyai hasrat untuk menarik perhatian orang ramai dengan perbuatan tersebut. Niatnya hanya untuk membuat ‘prank’ sempena ulang tahun anak saudaranya itu.

Dalam pada itu, Syahzuan turut meminta maaf di atas kejadian tersebut kerana rata-rata orang menganggap kisah itu benar dan sedih melihat keadaan anak saudaranya menjadi gelandangan.

“Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji, mendoakan, ada yang sudah tahu itu hanya sekadar kandungan untuk TikTok. Malah ada yang sanggup memberi bantuan dan yang paling menarik bila kebanyakannya komen ‘pulangkan air mata saya’.

Dia juga berkata ramai yang terpedaya disebabkan ayat digunakannya membuat warganet sedih serta gambar anak saudaranya berbaju koyak dan kotor, tetapi itu hanyalah solekan sahaja untuk pertandingan fotografi yang disertai tahun lalu.

Syahzuan juga memberitahu bahawa anak saudaranya itu tidak tahu mengenai video yang dimuat naiknya menjadi tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan dan hampir 5,000 komen tak sampai 24 jam.

@syahzuannnn

Part 2 – Happy Birthday Abang (10 Nov) #fyp #fyppp #fypgakni

♬ original sound – heysyazz – heysyazz

Menjengah ke ruangan komen bagi video bahagian dua, segelintir mengatakan air mata mereka tidak jadi untuk mengalir kerana mendapat tahu itu adalah ‘prank’ serta mereka juga memaafkan Syahzuan di atas perbuatannya itu.

Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya 'Prank' Sempena Hari Jadi 3

Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya 'Prank' Sempena Hari Jadi 4


Lelaki Mohon Maaf Muat Naik Video Anak Saudara Jadi Gelandangan, Hanya 'Prank' Sempena Hari Jadi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo