Artikel Terkini

Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar

Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar
Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar 1

MUAR – Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 tahun dan kenderaan mewah jenis Jaguar yang dipandu pemuda berusia 32 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, eksiden itu menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sehingga 90 peratus.

“Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan selepas berjaya keluar dengan sendiri manakala pemandu kereta Jaguar pula selamat,” katanya di sini hari ini.

Heza berkata, bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air pam jentera dan water tanker sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Jelasnya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS dan dihantar ke hospital

Menurut beliau, operasi tamat pada pukul 1.18 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE


Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo