Berita

Lelaki tertinggi di dunia cari calon isteri

Lelaki tertinggi di dunia cari calon isteri 1

Lelaki tertinggi di dunia cari calon isteri 2

New Delhi: Keunikan seorang lelaki di India yang memiliki ketinggian 2.4 meter kini menyebabkan dia berdepan pelbagai kesukaran dalam hidup.

Dharmendra Pratap Singh yang diisytihar sebagai lelaki tertinggi di India oleh Guinness World Records.

Beliau berkata, ketinggian yang dimilikinya kini bukan sahaja membawa kemasyhuran, sebaliknya mengundang pelbagai masalah lain.

Katanya, hasrat untuk mencari teman hidup masiih belum terlaksana walaupun sudah mencecah usia 45 tahun.

“Ahli keluarga ada memperkenalkan wanita untuk dijadikan isteri namun selepas melihat ketinggian saya, mereka enggan untuk berkahwin dengan saya.

“Ketika usia sebegini saya berasakan sudah tiba masa untuk mencari teman hidup,” katanya seperti laporan Gulf News..

Beliau juga berharap dipertemukan seorang wanita untuk dijadikan isteri seterusnya memiliki keluarga sendiri.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ketinggian dimiliki lelaki yang juga penduduk sebuah perkampungan di Narharpur Kasiyahi juga memberikan rezeki kepadanya.

Dia juga sudah lama menjadikannya kelebihan fizikal itu sebagai sumber pendapatan utamanya.

“Orang ramai akan bergambar dengan saya dan mereka memberikan wang saku dan hadiah.

“Saya akan pergi ke lokasi tumpuan pelancong seperti di monumen Gateway of India untuk mencari rezeki.

“Namun, penularan Covid-19 menyebabkan lokasi tumpuan pelancong tidak dikunjungi orang ramai dan saya juga kehilangan pendapatan,” katanya.

Lelaki tertinggi di dunia cari calon isteri 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo