Infotainment

Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini

Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini 2

Bagi mereka yang mengikuti industri perkomputeran, anda pastinya mengenali siri komputer Lenovo ThinkEdge, iaitu komputer desktop padat yang dimuatkan dengan cip pemprosesan yang cukup berkuasa sekali. Secara lazimnya, komputer-komputer seperti ini digunakan untuk menguasakan sistem-sistem kiosk seperti mesin ATM, sistem pusat jualan (point of sales) dan sebagainya.

Lenovo hari ini mengumumkan bahawa siri komputer ThinkEdge ini telah dikemaskini dengan pilihan CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake. Dua model yang diperkenalkan termasuklah Lenovo ThinkEdge E30 dan ThinkEdge E50.

Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini 6

Bermula dengan Lenovo ThinkEdge E30, komputer padat ini dimuatkan dengan siri CPU Intel Core i5 vPro, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD NVMe 1TB terbina didalamnya. Seperti yang dikatakan tadi, rekaan padat komputer ini membolehkannya digunakan untuk sejumlah operasi perindustrian yang memerlukan kuasa pemprosesan yang stabil.

Menurut Lenovo lagi, satu ciri baru yang hadir pada siri ThinkEdge E30 ini ialah ia hadir dengan sokongan untuk bukan sahaja rangkaian WiFi, tetapi juga 4G dan 5G, dimana sokongan 5G akan ditambahkan melalui pembekal sambungan internet apabila teknologi rangkaian tersebut hadir kelak.

Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini 4
Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini 7

Untuk syarikat-syarikat yang memerlukan penggunaan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa, ThinkEdge E50 mungkin untuk anda. Ia hadir dengan rekaan 2L yang sedikit lebih besar daripada ThinkEdge E30 dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7 vPro Tiger Lake, memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan SSD NVMe dalaman sebesar 2TB.

Apa yang lebih menarik ialah kedua-dua komputer ThinkEdge E30 dan ThinkEdge E50 ini hadir dengan rekaan tanpa kipas, dan hanya disejukkan melalui bongkah penyejukan pasif yang dialirkan kepada sirip penyejukan di bahagian luar rangka komputer ini.

Lenovo Malaysia mengumumkan bahawa Lenovo ThinkEdge terbaru mereka bakal hadir di pasaran Malaysia, malah, boleh dipra-tempah sekarang melalui [email protected] dan akan dipasarkan pada penghujung bulan Jun kelak.

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai komputer ini, anda boleh membaca mengenainya di laman web Lenovo ThinkEdge.

Lenovo ThinkEdge Dikemaskini Dengan CPU Intel Tiger Lake – Bakal Hadir Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Bulan Ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo