Artikel Terkini

Liga Super: Harimau Selatan, The Phoenix sama kuat

Liga Super: Harimau Selatan, The Phoenix sama kuat
Liga Super: Harimau Selatan, The Phoenix sama kuat 1

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh Petaling Jaya City (PJ City) apabila aksi terikat 2-2 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MBPJ itu, skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA minggu lalu membariskan kesebelasan utama dengan Bergson Da Silva mengetuai jentera serangan.

Bagaimanapun, aksi pada separuh masa pertama dilihat sedikit hambar dengan PJ City lebih banyak bertahan selain serangan yang dilakukan JDT gagal menemui sasaran.

Situasi berbeza pada separuh masa kedua apabila JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-46 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan, Filemon Anyie Standley.

Kesempatan tersebut tidak disiakan oleh Bergson untuk meledak gol pembukaan buat JDT.

Namun, PJ City enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal dan berjaya melakukan serangan balas pantas yang berjaya disudahkan Darren Lok selepas menerima hantaran Mahali Jasuli pada minit ke-73.

Tersentak dengan gol tersebut, pengendali JDT, Hector Bidoglio melakukan rombakan dengan memasukkan Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid.

Percaturan tersebut nyata membuahkan hasil apabila Akhyar meledak gol pada minit ke-86 dengan menyempurnakan hantaran Matthew Davies.

Ketika JDT hampir pasti melakar kemenangan, The Phoenix terus berusaha untuk mengasak dan berjaya meraih gol penyamaan pada masa kecederaan hasil sepakan luar kotak penalti yang dilakukan oleh Kogileswaran Raj.

Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, JDT turut gagal meraih kemenangan pada aksi terakhir di Stadium MBPJ awal bulan ini apabila diikat Selangor FC 1-1. KOSMO! ONLINE


Liga Super: Harimau Selatan, The Phoenix sama kuat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list