Infotainment

Lihat Bagaimana Duta Israel Di London Dihalau Dan Dimalukan Oleh Pelajar Pro-Palestin

Lihat Bagaimana Duta Israel Di London Dihalau Dan Dimalukan Oleh Pelajar Pro-Palestin
Lihat Bagaimana Duta Israel Di London Dihalau Dan Dimalukan Oleh Pelajar Pro-Palestin 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Duta Israel Di London, Tzipi Hotovely semestinya tidak mahu mengingati peristiwa beliau dihalau dan dimalukan oleh pelajar serta penyokong Palestin sewaktu menghadiri satu acara di London School of Economics (LSE). Dia yang bergegas keluar sambil diiringi oleh pengawal keselamatan kelihatan tidak senang dengan sambutan yang diterima.

Kedengaran dari hiruk pikuk penyokong Palestin tersebut laungan ejeken kepada Tzipi sewaktu dia menuju ke kereta sambil dikawal ketat oleh polis dan pengawal keselamatan. Keretanya lalu bergegas keluar daripada kawasan tersebut sambil para penunjuk perasaan menjerit dengan kata-kata ejeken dan sebahagian pula cuba untuk menyerangnya.

Wanita berusia 42 tahun itu kelihatan membawa bunga di tangan kanannya sambil kedengaran orang ramai menjerit “tak malu ke?” dan bertindih-tindih dengan jeritan ejeken yang lain. Aktivis pro-Palestin bukan sahaja menghalang beliau daripada menghadiri forum di LSE, malah turut membuat bantahan di luar universiti dan menggesa agar duta Israel dihalang daripada berucap.

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian duta Israel dihalau telah mendapat perhatian menteri, ahli parlimen serta Kedutaan Israel dan kumpulan Yahudi. Mereka telah mengutuk serta mengecam insiden yang berlaku pada hari Rabu lalu di kampus LSE. Setiausaha Dalam Negeri Priti Patel, Setiausaha Negara Liz Truss dan Ahli Parlimen Tory James Cleverly mengutuk “tingkah laku agresif” ke atas Tzipi.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Nadhim Zahawi telah mengadakan mesyuarat bersama komuniti Yahudi di universiti tersebut bagi ‘menawarkan sokongan’ kepada mereka. Zahawi juga menulis di laman Twitter peribadinya, “Ini sangat mengganggu, saya mohon maaf kepada Duta Hotovely.”

Sehari selepas kejadian tersebut, Tzipi dalam satu kenyataan berkata bahawa dia tidak gentar dengan apa yang telah terjadi dan berterima kasih dengan sokongan yang diterima olehnya. Dalam ciapannya di laman Twitter, Tzipi berkata, “Saya berterima kasih atas semua sokongan yang saya terima daripada kerajaan UK dan rakan-rakan. Saya mempunyai acara yang menakjubkan di #LSE dan saya tidak akan gentar. Saya akan terus berkongsi kisah Israel dan mengadakan dialog terbuka dengan semua lapisan masyarakat British.”

Dalam diam Israel sebenarnya ada hati pada Malaysia, pasang niat mahu jalin hubungan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel


Lihat Bagaimana Duta Israel Di London Dihalau Dan Dimalukan Oleh Pelajar Pro-Palestin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo