Infotainment

Lihat YouTuber Korea Selatan Ini Cuba Semua Jenis Sambal Popular Di Malaysia

Lihat YouTuber Korea Selatan Ini Cuba Semua Jenis Sambal Popular Di Malaysia 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sekiranya anda merupakan penonton setia video review makanan di YouTube, nama YouTuber Chu Bro mungkin bukanlah satu nama asing bagi anda yang pernah menonton video review makanannya sebelum ini.

Berasal dari Korea Selatan dan kini menetap di Malaysia, personaliti Chu yang kelakar serta menghiburkan semasa review makanan tempatan kini dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Disebabkan minat beliau yang mendalam kepada makanan pedas terutamanya sambal, beliau menghasilkan satu video khas dengan memesan sambal-sambal yang popular di Malaysia (berdasarkan cadangan penonton) untuk beliau cuba dalam satu video.

I am a Sambal man,” antara dialog spontan Chu dalam video review sambal-sambal keluaran jenama tempatan yang baharu sahaja beliau memuat naik di saluran YouTube miliknya semalam.

Pada awal video, Chu menjelaskan bahawa beliau hanya tahu kewujudan sambal belacan dan sambal tumis sahaja. Tetapi untuk review kali ini, peminatnya telah mencadangkan Chu untuk mencuba semua jenis sambal yang ada di Malaysia yang boleh dibeli di Shopee.

Bermacam jenis sambal daripada pelbagai jenama telah Chu cuba termasuk sambal belacan, sambal hijau, sambal hitam Pahang, sambal kicap, sambal udang, sambal tumis ikan bilis, sambal tempoyak campur petai dan sambal penyet.

“Kacang ini ranggup dan sedap,” antara ulasan Chu terhadap rasa petai yang dianggap kacang baginya.

Dalam pada mengulas rasa sambal-sambal, lucunya apabila Chu juga turut mencuba makan pes asam jawa Adabi dan pes sambal tumis Maggi yang mentah bersama nasi lemak. Difahamkan, Chu tersalah anggap kerana baginya kedua-dua bahan tersebut merupakan sambal sedangkan ia merupakan bahan-bahan asas untuk menghasilkan sambal. 

Sesi review sambal berakhir dengan ulasan Sambal Nyet keluaran Khairulaming dan ternyata tidak hairan mengapa sambal ini laku keras di Shopee kerana Chu juga turut mengulas bahawa Sambal Nyet merupakan sambal paling sedap antara semua sambal yang pernah dirasainya.

“Setelah lima hari menekan butang beli, akhirnya saya dapat juga beli Sambal Nyet yang sering sold out di Shopee ini,” kata Chu lagi.

Walaupun kesemua sambal ini dikatakan sedap tetapi bagi Chu sambal hasil air tangan mak cik yang biasa berniaga nasi lemak di tepi jalan tetap dianggap sambal nombor satu paling sedap di hatinya.

“Sejujurnya, sambal paling sedap ialah sambal hasil air tangan mak cik yang berniaga nasi lemak di gerai di tepi jalan,” kata-kata akhir Chu yang menyentuh jiwa sebelum mengakhiri videonya.

Semoga terus maju jaya kami ucapkan kepada Chu Bro dalam dunia YouTube dan terima kasih kerana telah menghargai rasa sambal Malaysia. Untuk menonton lebih banyak video review makanan Chu Bro, anda boleh berkunjung ke saluran YouTube beliau di sini.

Sebelum ini, tular mengenai N’golo Kante yang singgah makan nasi lemak sebelum perlawanan akhir Champions League. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

N’golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions League

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

Tonton Reaksi Kanak-Kanak Amerika Syarikat Cuba Makan Burger Ramly ‘Special’



Lihat YouTuber Korea Selatan Ini Cuba Semua Jenis Sambal Popular Di Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo