Berita

Lima pegawai kastam ditahan, peras nelayan RM20,000

Lima pegawai kastam ditahan, peras nelayan RM20,000 1

Lima pegawai kastam ditahan, peras nelayan RM20,000 2

Kuala Langat: Polis menahan lima pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Port Dickson, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan berkaitan jenayah pemerasan terhadap nelayan di perairan Tanjung Sepat pada 28 November lalu.

Lima pegawai berkenaan yang berusia 33 hingga 53 tahun itu ditahan pada jam 9 malam, Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian pada jam 6 petang pada 28 November lalu, mangsa bersama abang saudaranya menaiki sebuah bot dari Jeti Sungai Titip untuk menjual durian di perairan Tanjung Sepat (sempadan Malaysia -Indonesia).

Katanya, semasa dalam perjalanan, mangsa yang berusia 34 tahun dihampiri sebuah bot kastam dan satu bot pancung warna biru yang dibawa oleh dua anggota kastam bersama tiga lelaki warga Indonesia.

“Seorang pegawai kastam kemudian berbincang dengan mangsa serta meminta wang sebanyak RM20,000 jika tidak mahu ditahan bagaimanapun mangsa tidak bersetuju.

“Anggota kastam itu seterusnya mengambil beberapa kotak durian serta mengambil duit pengadu sebanyak RM2,000 selain turut memindahkan tiga warga Indonesia ke bot pengadu.

“Selepas itu, anggota kastam berkenaan beredar menuju ke Port Dickson bersama bot pancung milik warga Indonesia itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizan berkata, selepas bot kastam beredar, mangsa mendapati seorang daripada warga asing itu mengalami kecederaan di belakang badan akibat terkena tembakan dipercayai oleh pihak kastam.

Katanya, semasa mangsa dalam perjalanan menuju ke darat, mereka ditahan oleh anggota ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan seterusnya ditangkap di bawah Akta Imigresen.

“Mangsa dan abang saudaranya diberi jamin manakala tiga lelaki Indonesia direman mengikut Akta Imigresen selama 14 hari.

“Manakala lima pegawai berkenaan direman empat hari mulai Isnin lalu,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 225A; Seksyen 384 Kanun Keseksaan; 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Lima pegawai kastam ditahan, peras nelayan RM20,000 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo