Infotainment

Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain

Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain
Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain 1

Penampilan terbaru pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menjadi perhatian apabila tampil berniqab. Mengakui selesa menutup sebahagian wajahnya, namun Linda tidak pernah mengisytiharkan dirinya berniqab sepenuhnya.

Kata Linda lagi, dia sedar ramai netizen melabelkan dirinya penunggang agama kerana tampil berniqab dan pada masa sama menjalankan perniagaan hijab menerusi jenama LR Hijab.

BACA: Linda Rafar Sedih Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Bagaimanapun, dia enggan peduli dengan mulut netizen kerana baginya yang penting niatnya untuk mencari rezeki yang halal.

“Ustaz kata kepada saya, jual tudung dapat pahala dan jual niqab lagilah berganda pahala itu. Niat saya memang sudah tentu nak cari rezeki yang halal. Kalau orang label saya penunggang agama, itu mulut mereka dan saya tak boleh kawal.

“Buka tudung atau tidak memelihara aurat itu yang berdosa. Keputusan mana-mana wanita untuk tidak lagi berniqab atau sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan atau dosa pun. Itu kata ustaz yang saya rujuk,” katanya.

Jelas Linda lagi, apa yang dilakukannya itu adalah berlandaskan rasa taat kepada Allah, bukan kerana manusia. Ujarnya lagi, keputusannya untuk berniqab adalah untuk elakkan daripada terkena penyakit ain.

“Saya dah lali dengan kritikan dan kecaman orang. Nak fikir mulut orang memang sampai bila-bila takkan habis. Ada yang cakap saya tak layak pakai niqab. Penyakit ain ini boleh membawa kematian. Orang puji tak boleh, orang kutuk pun tak boleh.

“Sebab itu saya amalkan menutup sebahagian besar wajah dengan berniqab, sebab nak elak terkena penyakit ain,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata suaminya, pelakon Syed Aiman sedang menderita penyakit tersebut sehingga mengalami kemurungan namun kini semakin pulih.

“Suami saya kena penyakit ain teruk sampai alami kemurungan, sukar nak bernafas dan mudah berasa resah secara tiba-tiba.

“Dah rujuk dengan ustaz dan dia mengesahkan suami saya memang terkena penyakit ain. Keadaan suami memang tak macam dulu dah. Kalau dulu dia sayang motor berkuasa tingginya, sekarang dia dah tak ambil kisah tentang itu,” katanya.


Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list