Artikel Terkini

Lori terbabas parit, bomba ambil hampir 12 jam keluarkan pemandu

Lori terbabas parit, bomba ambil hampir 12 jam keluarkan pemandu
Lori terbabas parit, bomba ambil hampir 12 jam keluarkan pemandu 1

Lori terbabas parit, bomba ambil hampir 12 jam keluarkan pemandu
Anggota bomba mengeluarkan mayat pemandu selepas lori pasirnya terbabit ke dalam parit. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Usaha menyelamatkan seorang pemandu lori yang membawa pasir seberat 40 tan mengambil masa hampir 12 jam, selepas lori yang dipandunya terbabas ke parit di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang, Johor Bahru pada pagi Sabtu.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1, Mohd Suhaimi Jamal berkata, Rosnani Siam, 47, yang tertimbus dengan pasir, hanya dikeluarkan pada 8.11 malam Sabtu dan disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 8.51 pagi dan setiba di tempat kejadian, sebuah lori terbabas dengan sebahagian badannya berada di dalam parit.

“Kerja-kerja rumit terpaksa kita hadapi apabila bahagian hadapan lori itu terbenam hampir 12 kaki (3.6m) ke dalam parit yang dipenuhi air.

“Kita terpaksa menggunakan kren seberat 350 tan untuk mengangkat lori pasir berkenaan,” katanya dipetik Bernama di lokasi kejadian.

Suhaimi berkata, 39 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi itu yang turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba Penyelamat Skudai.

Dua jentera FRT, sebuah EMRS, tiga unit RIM dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton turut digunakan dalam operasi itu yang berakhir 8.34 malam tadi.


Lori terbabas parit, bomba ambil hampir 12 jam keluarkan pemandu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo