Berita

LRA Sungai Selisek beroperasi semula

LRA Sungai Selisek beroperasi semula 1

LRA Sungai Selisek beroperasi semula 2

Hulu Selangor: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek beroperasi semula pada jam 7 pagi ini.

Menurut Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ia berpunca daripada paras sungai surut membolehkan LRA beroperasi semula.

“Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem bekalan air. Pengguna yang terjejas dijangka mendapat bekalan air pada jam 10 pagi secara berperingkat mengikut jarak dan lokasi premis pengguna,” katanya.

Menurutnya, pemulihan sepenuhnya bekalan air di lapan kawasan terjejas dijangka pada jam 7 pagi esok.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut insiden ini dan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Media melaporkan lapan kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas LRA Sungai Selisek ekoran banjir pada jam 5.40 petang, semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Kampung Sungai Nilam, Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang dan Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek.

LRA Sungai Selisek beroperasi semula 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo