Berita

Luke Bryan kagum dengan Katy Perry

Luke Bryan kagum dengan Katy Perry 2

Penyanyi Luke Bryan memuji rakan baiknya yang juga penyanyi popular Katy Perry sebagai ibu yang luar biasa.

Bryan berkata, dia menjadi saksi ketika melihat Perry yang bijak membahagikan masa dengan anak perempuannya yang berusia lima bulan, Daisy Dove walaupun sedang sibuk bekerja.

“Saya begitu kagum ketika melihat Perry membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Ketika waktu rehat, dia akan menghubungi tunangnya, Orlando Bloom untuk bercakap dengan anaknya.

“Melihat Perry yang begitu menyayangi anak tunggalnya adalah sesuatu yang sangat indah untuk dilihat. Bagi saya, dia adalah ibu yang luar biasa,” katanya.

Ketika ini, Bryan dan Perry ditugaskan sebagai juri program realiti American Idol.

Menurut pemuzik berusia 44 tahun itu, dia turut menganggap Perry wanita yang kuat kerana mampu bekerja sehingga lewat malam walaupun tidak cukup rehat kerana perlu menyusukan anaknya.

“Sebelum dia datang ke lokasi penggambaran, dia pasti dalam keadaan penat kerana menyusukan anaknya sepanjang malam.

“Kemudian dia datang ke lokasi penggambaran tanpa mengadu apa-apa atau kelihatan penat. Dia datang dengan penuh semangat dan tidak pernah mengeluh,” katanya.

Luke Bryan kagum dengan Katy Perry 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo