Artikel Terkini

Mahkamah: Bekas pengurus besar direman kes rasuah projek kerajaan

Mahkamah: Bekas pengurus besar direman kes rasuah projek kerajaan
Mahkamah: Bekas pengurus besar direman kes rasuah projek kerajaan 1

MELAKA – Bekas pengurus besar sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan direman enam hari selepas dipercayai terlibat dengan suapan berjumlah RM47,000 pada 2021.

Perintah reman sehingga 20 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam terhadap lelaki berusia 41 tahun terbabit bagi membantu siasatan pihak Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini pada pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai.

SPRM dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi memaklumkan suspek telah ditahan pada pukul 10 malam tadi selepas hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

“Suspek dipercayai telah memperlakukan kesempurnaan projek kerja-kerja Pembersihan, Penyediaan tapak serta infrastruktur di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Rakyat bernilai RM90,000.

“Sebagai balasan suspek meminta dan menerima sejumlah RM47,000 daripada syarikat yang berjaya memperolehi sebut harga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE


Mahkamah: Bekas pengurus besar direman kes rasuah projek kerajaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo