Artikel Terkini

Mahkamah: Rosak palang pagar perumahan, Awal Ashaari kemuka representasi

Mahkamah: Rosak palang pagar perumahan, Awal Ashaari kemuka representasi
Mahkamah: Rosak palang pagar perumahan, Awal Ashaari kemuka representasi 1

PETALING JAYA – Pihak pembelaan dalam kes pengacara popular, Awal Ashaari yang didakwa khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara April lalu telah mengemukakan representasi terhadap pertuduhan itu.

Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata, mahkamah telah menetapkan 26 Januari depan bagi keputusan representasi tersebut.

“Saya tidak ingat bila representasi itu difailkan tetapi ia sudah lama dibuat. Sepatutnya jawapan representasi itu diketahui pada dua tarikh sebutan kes sebelum ini, namun ia ditangguhkan,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, Awal atau nama sebenarnya Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE


Mahkamah: Rosak palang pagar perumahan, Awal Ashaari kemuka representasi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo