Artikel Terkini

Mahkamah: Rosmah tarik rayuan gugur hakim dengar kes

Mahkamah: Rosmah tarik rayuan gugur hakim dengar kes
Mahkamah: Rosmah tarik rayuan gugur hakim dengar kes 1

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik rayuannya berhubung permohonan menggugurkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Berdasarkan notis pemberhentian difailkan menerusi Tetuan Geethan Ram pada 1 Mac lalu, Rosmah, 71, selaku perayu menarik balik rayuan itu yang difailkan melalui notis rayuan bertarikh 29 April 2022.

Sehubungan itu, rayuan itu disifatkan sudah ditolak mengikut peruntukan dalam Aturan 73 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Sementara itu peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan selama 15 hari bermula 12 Mei ini untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Rosmah.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu adalah pada 12 Mei, 28 dan 30 Jun, 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai, 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September 2023.

Pada 1 September tahun lalu, Hakim Mohamed Zaini yang kini Hakim Mahkamah Rayuan mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. – KOSMO! ONLINE


Mahkamah: Rosmah tarik rayuan gugur hakim dengar kes 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo