Berita

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro 1

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro 2

PENYATUAN cinta penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat dengan pengacara Nabil Mahir akhirnya terpateri menerusi ikatan perkahwinan, kelmarin.

Mahligai cinta pasangan sama cantik sama padan ini tidak hanya menyambut kedatangan 2021 bersama-sama malah membuka satu lembaran baharu buat mereka.

Melangsungkan majlis pernikahan secara sederhana di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pasangan itu selamat bergelar suami isteri tepat jam 3.28 petang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi), Ustaz Rozimi Zamri dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Ayda ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah mengakui sudah lama menantikan saat itu dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro 3

“Saya memang teruja dan daripada awal menantikan saat ini. Saya selalu berdoa agar majlis pernikahan ini berlangsung dengan segera sebab orang kata dalam tempoh bertunang selalunya ada banyak cabaran yang datang.

“Tapi alhamdulillah hubungan kami berdua tidak ada dugaan, cuma ada beberapa isu kecil yang berlaku menjelang pernikahan seperti lokasi majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel.

“Bagaimanapun, apabila fikir secara positif, saya percaya pasti ada hikmah di sebaliknya seperti pada hari pernikahan ini saya mengenakan hijab dan sangat disukai oleh Nabil,” katanya.

Kata Ayda, dia mengakui Nabil memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya dan mengutamakan keluarganya.

“Nabil ada banyak kelebihan yang orang lain tak nampak. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat pemurah.

“Ramai yang tak tahu dia suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tapi apa yang membuatkan saya terpikat dengannya ialah dia seorang yang mementingkan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu,” katanya.

NABIL sah bergelar suami kelmarin.
NABIL sah bergelar suami kelmarin.

Pada majlis pernikahan yang mengikut norma baharu dengan hanya dihadiri ahli keluarga selain rakan terdekat kedua-dua pihak, Ayda memberitahu dia memilih tema putih sebagai persalinan dia dan Nabil serta dekorasi.

“Warna putih melambangkan kesucian. Ia ibarat kecintaan saya terhadap Nabil. Jujur saya suka warna putih dan tak suka warna yang banyak.

“Saya juga tak suka dekorasi yang berlebihan sebab apa yang penting adalah perkara yang wajib iaitu upacara akad nikah.

“Selain mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, saya memang tiada perkahwinan impian. Cukup sekadar majlis yang sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sempena hari bahagia kami,” katanya.

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro 4

Nabil menangis

Siapa sangka air mata jantan Nabil pantas mengalir saat disahkan bergelar suami kepada pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Kata Nabil, tiada kata yang mampu diungkapkan selain berasa lega dengan pernikahan itu.

“Sebelum ini saya memang tiada rasa gemuruh atau takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Barangkali sebab saya dah bersedia nak pegang tanggungjawab sebagai suami.

“Tapi sebaik masuk kereta untuk menuju ke masjid, perasan sebak dan gementar tiba-tiba datang. Ayah saya cuba tenangkan saya dan selepas itu alhamdulillah okey.

“Saya berasa lega dan pernikahan ini sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ketika majlis akad nikah selesai saya gembira sangat tapi apabila sesi melafazkan taklik nikah saya tiba-tiba sebak. Ia sesuatu yang menakutkan dan mohon dijauhkan. Harapnya kami kekal bahagia bersama,” katanya yang menyerahkan soal zuriat kepada ketentuan Ilahi.

Ditanya mengenai masa depan kerjaya Ayda, Nabil berkata, dia tidak pernah melarang atau mengehadkan kerjaya seni Ayda.

“Saya tidak letak apa-apa syarat, tapi Ayda sendiri sudah beritahu saya perancangan kerjaya seninya selepas ini.

“Saya tidak akan menghalang minatnya. Sebagai suami saya menyokong apa yang ingin dilakukan. Cuma saya berpesan selepas berkahwin janganlah berpenampilan seksi lagi,” katanya.

Beralih mengenai majlis resepsi, Ayda beritahu, kemungkinan majlis resepsi akan diadakan selewat-lewatnya Mac depan.

“Sepatutnya ada majlis resepsi tapi terpaksa dibatalkan apabila hotel yang ditempah pada awalnya sudah penuh.

“Buat masa sekarang memang tiada apa-apa perancangan untuk adakan majlis
resepsi kerana saya
pun sedang menunggu adik perempuan melahirkan anak,” katanya.

Mahligai cinta sambut 2021 | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo