Infotainment

Mahu Adaptasi Filem ‘Train To Busan’ Versi Hollywood, Peminat Luah Rasa Tidak Puas Hati

Mahu Adaptasi Filem 'Train To Busan' Versi Hollywood, Peminat Luah Rasa Tidak Puas Hati 2

Filem pecah panggung Train To Busan bakal diadaptasikan ke versi Hollywood. Menurut sumber media, filem yang bakal diadaptasikan itu bakal diarahkan oleh Timo Tjahjanto, seorang pengarah dari Indonesia.

Ditayangkan pada tahun 2016, filem yang berlatarkan dunia apokaliptik ini merupakan sebuah kisah mengenai zombi yang menyerang penumpang kereta api yang menuju ke Busan, Korea Selatan. Meskipun 80 peratus dari filem ini bertempat dalam kereta api, filem yang padat dengan jalan cerita yang mendebarkan ini nyata berjaya mencuri hati penonton.

Filem ini diarahkan oleh Yeon Sang-ho dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Gong-yoo, Ma Dong-seok dan Choi Woo-sik. Sekuel kepada filem ini telah pun ditayangkan tahun lalu.

Apabila berita tentang pembikinan semula filem ini ke versi Hollywood mula tersebar di media sosial, rata-rata dari peminat filem tersebut memberikan reaksi yang kurang memberangsangkan terhadapnya.

Berbeza betul reaksi yang diberikan untuk berita ini jika hendak dibandingkan dengan reaksi mereka untuk berita mengenai siri dari Sepanyol ‘Money Heist’ yang bakal diadaptasi ke versi Korea Selatan.

Menjengah ke laman media sosial Twitter, rata-rata dari para netizen yang juga merupakan peminat kepada filem tersebut telah menzahirkan rasa kurang senang mereka terhadap berita ini. Kebanyakkan dari mereka beranggapan filem tersebut tidak perlu diadaptasikan ke versi Hollywood.

Melihat kepada ‘sejarah’ hasil adaptasi filem asing ke versi Hollywood seperti Death Note dan Avatar: The Last Airbender, dua filem yang telah mengecewakan penonton kerana kualitinya yang teruk serta pemilihan pelakon yang mengarut, tidak peliklah kenapa sambutan yang diberikan untuk berita ini tidak seperti yang diharapkan.

Ekoran respon negatif dari netizen mengenai berita ini, Timo yang bertanggungjawab untuk mengarah filem tersebut telah tampil untuk memberikan kenyataan menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter miliknya.

Menurut Timo, filem yang bakal diadaptasikan memang tidak akan sama seperti filem asal dan pasti tidak akan boleh menandinginya. Tulis Timo lagi, beliau sendiri turut menangis ketika menonton filem asal tersebut.

Bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan peminat yang beranggapan bahawa filem tersebut tidak sepatutnya diadaptasikan ke versi Hollywood. Menurut mereka, menonton filem tersebut dengan sari kata bahasa Inggeris sudah memadai. Apa pun, pendapat anda pula bagaimana?

Baca juga perkongsian kami yang lain melalui pautan di bawah!

‘Trending’ Di Twitter, Drama The Penthouse Musim Kedua Bakal Ditayangkan Hari Ini Buat Netizen Teruja

Selepas 14 Tahun, Nicholas Tse Kembali Digandingkan Dengan Donnie Yen Dalam Filem Baharu ‘Raging Fire’



Mahu Adaptasi Filem 'Train To Busan' Versi Hollywood, Peminat Luah Rasa Tidak Puas Hati 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo