Infotainment

Mahu Mempercepatkan ‘Imuniti Kelompok’ Negara, Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan

Mahu Mempercepatkan 'Imuniti Kelompok' Negara, Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Setakat 3 Jun semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan jumlah kes telah direkodkan sekitar 8,209 kes dan angka ini dijangka akan terus meningkat lalu boleh mengakibatkan sistem kesihatan negara lumpuh sekiranya sekatan pergerakkan menyeluruh tidak dilaksanakan.

Bagi menyekat penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum mempunyai penawar lagi, pihak kerajaan mempergiatkan program vaksinasi negara untuk mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang Oktober nanti.

Terbaharu, beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan dilaksanakan di beberapa buah lokasi bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Memetik laporan Berita Harian, Hospital Pakar Kanak-Kanak di Cheras telah dipilih sebagai lokasi PPV pandu lalu setelah projek perintis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah menunjukkan kejayaan.

vocket-ppv-pandu-lalu-1

Sumber Gambar: Twitter Bernama

“Dengan adanya pelaksanaan program pemberian vaksin secara pandu lalu dan bergerak ini, berupaya mempercepat proses pemberian suntikan vaksin, sekali gus mencapai imuniti kelompok dalam tempoh lebih singkat,” terang Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Tambah beliau lagi, prosedur operasi standard berhubung kriteria dan pelaksanaan pemberian vaksin secara pandu lalu sedang dibangunkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19.

vocket-ppv-pandu-lalu-2

Sumber Gambar: Facebook Bernama

Dalam satu laporan Harian Metro pula, enam buah PPV secara pandu lalu akan dibuka oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara. Kem Perdana Sungai Besi dipilih sebagai projek perintis PPV pandu lalu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan akan diberikan kepada anggota tentera dan ahli keluarga mereka terlebih dulu sebelum dibuka kepada orang awam. PPV pandu lalu tersebut mensasarkan pemberian vaksin sebanyak 1,000 hingga 2,000 dos sehari.

Sebanyak 140,913 dos vaksin sudah dipohon bagi memenuhi tujuan ini termasuk keperluan bagi veteran ATM yang memohon melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Baru-baru ini KKM memberikan bayangan sistem kesihatan Malaysia bakal lumpuh sekiranya sekatan pergerakkan menyeluruh tidak dilaksanakan.

KKM Beri Bayangan Sistem Kesihatan Malaysia Berada Di Ambang Lumpuh

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh



Mahu Mempercepatkan 'Imuniti Kelompok' Negara, Operasi PPV Pandu Lalu Sedia Diperluaskan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo