Menteri sumber manusia berkata, majikan juga tidak dibenarkan memecat pekerja yang sakit sepanjang tempoh kehamilannya.

KUALA LUMPUR: Majikan dilarang memberhentikan pekerja hamil mengikut pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Beliau menjawab pertanyaan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berhubung isu keterlibatan wanita dalam pasaran buruh.
“Kementerian telah melaksanakan penambahbaikan dalam meningkatkan faedah pekerja wanita melalui pindaan Akta 265 yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023.
“Antara pindaan yang dibuat ialah memasukkan peruntukan baharu berhubung larangan pemberhentian wanita hamil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Sivakumar berkata, majikan juga tidak dibenarkan memecat pekerja yang sakit sepanjang tempoh kehamilannya.
Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya berkuat kuasa 1 Sept 2022, tetapi ditangguhkan 1 Jan lalu, berikutan pihak industri serta majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa sebab, termasuk memerlukan masa kerana kebanyakan mereka masih dalam proses pemulihan ekonomi.
Antara kandungan pindaan ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 kepada 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.
Disember tahun lalu, Sivakumar dilaporkan berkata, penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 tetap diteruskan mulai 1 Jan 2023 selepas penangguhan terdahulu.
Ini kerana, katanya, undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan itu berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo