Infotainment

Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat

Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat 2

Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial beberapa orang ‘instafamous’ didakwa tidak menjaga penjarakan fizikal ketika menghadiri majlis berbuka puasa. Namun, ‘instafamous’ berkenaan telah tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan tersebut lagi ketika di tempat awam.

Artikel berkaitan: Didakwa Tidak Menjaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Tampil Mohon Maaf

Terbaru, menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberitahu pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel. Difahamkan, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang artis.

Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat 5

Ketua Polis Daerah Dang Wangi memaklumkan kertas siasatan dibuka selepas didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Asisten Komisioner Mohamad Zainal berkata akan memanggil artis-artis yang telah menghadiri majlis tersebut untuk memberi keterangan. Mereka yang dimaksudkan adalah Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran orang ramai. Penelitian ke atas gambar mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB iaitu tiada penjarakan fizikal.

Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19. Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Sumber: BH Online


Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat 7

The following two tabs change content below.



Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo