Berita

‘Makan ya pak cik..’ | Harian Metro

'Makan ya pak cik..' | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: “Saya sudah lama perhatikan pak cik itu, cuma baru hari berkenaan ada keberanian untuk menyapa dan membantunya,” kata Fatehah Rosnalley Assefaf yang kini menetap di Tawau, Sabah.

Fatehah, 17, menarik perhatian warganet selepas memuat naik video di TikTok yang menunjukkannya membantu seorang lelaki gelandangan warga emas di sekitar kawasan perumahannya.

Menerusi video itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang mengutip sampah sebelum Fatehah datang menghampirinya kemudian menghulurkan bungkusan makanan.

Rata-rata warganet memuji sikap Fatehah termasuk meluahkan rasa sayu melihat kesukaran golongan kurang bernasib baik meneruskan hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berkongsi kisah di sebalik video itu, Fatehah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Apas, Tawau, Sabah, berkata, dia tidak mengenali lelaki berkenaan secara peribadi.

Namun, katanya, rasa kasihan mendorongnya untuk membantu kerana enggan lelaki berkenaan kelaparan.

“Sebenarnya, saya pernah nampak pak cik itu sebelum ini di belakang kedai ibu.

“Ketika itu, dia sedang minum air paip dan sebaik menyedari saya memerhatikannya, dia terus melarikan diri.

“Mungkin dia kehausan dan beberapa kali saya melihatnya di kawasan sekitar sebelum dapat tahu dia adalah seorang gelandangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Fatehah berkata, pertemuan dengan lelaki berkenaan tempoh hari terlalu singkat kerana dia kesuntukan masa.

Namun, Fatehah bersyukur kerana akhirnya dapat memulakan langkah untuk membantu.

“Sebenarnya, pertemuan itu adalah pengalaman pertama saya mendekati golongan gelandangan seperti pak cik berkenaan.

“Saya seronok dapat membantunya walaupun tidak sempat bersembang lebih lama.

“Saya puas apabila melihat dia tersenyum selepas menerima bungkusan makanan dan itu adalah permulaan kerana saya merancang meneruskan lagi kerja amal walaupun masih bersekolah,” katanya.

'Makan ya pak cik..' | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo