Artikel Terkini

Makanan, hotel di Hatyai lebih murah berbanding Malaysia

Makanan, hotel di Hatyai lebih murah berbanding Malaysia
Makanan, hotel di Hatyai lebih murah berbanding Malaysia 1

PADANG BESAR – Ramai rakyat negara ini memilih untuk me­lancong di Hatyai, Thailand pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana di situ membeli-belah dan makanan enak dijual pada harga yang murah berbanding destinasi pelancongan popular dalam negara ini.

Malah, negara Gajah Putih itu juga dikatakan menawarkan bilik hotel tiga bintang pada harga murah meskipun terletak di tengah pusat bandar seperti di Hatyai.

Selain itu, kemudahan pe­ngangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa menjadi antara faktor ramai rakyat kita berpusu-pusu ke sana.

Tiket tren ulang-alik State Railway of Thailand (SRT) dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar, Perlis ke Hatyai, Thailand hanya pada harga 50 baht atau kira-kira RM6 sehala.

Seorang penduduk dari Kangar, Perlis, Muhammad Ekmal Hakim Abdullah, 29, berkata, dia memang gemar melancong ke Thailand ke­rana lebih jimat dan mudah.

Berita berkaitan: Ramai pilih melancong di Thailand kerana bajet rendah

“Saya biasa masuk Thailand dengan kereta atau motor bersama rakan. Memang seronok ke sana sebab lebih meriah dan banyak tempat pelancongan menarik, selain harga sangat murah.

“Nak makan lauk sedap tetapi dengan harga murah, memang Thailandlah tempatnya. Saya dan empat kawan hanya dikenakan harga kurang RM200 untuk hidangan yang bagi saya sudah tahap mewah,” katanya.

Makanan, hotel di Hatyai lebih murah berbanding Malaysia 2
Pelbagai makanan enak pada harga murah di Hatyai, Thailand.

Ujarnya, dia biasanya membayar penginapan hotel pada harga kira-kira RM100 semalam.

“Malah, bagi hotel lebih RM100 biasanya ada disediakan tab mandi beserta sarapan. Jika di Pulau Langkawi, sudah pasti harga bilik hotel standard itu le­bih RM300,” katanya.

Kosmo! pada Isnin lalu ­me­laporkan keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan pelancong ke pulau peranginan itu semakin menyusut.

Berita berkaitan: Rakyat serbu Thailand, Langkawi pula suram

Tinjauan di media sosial pula mendapati, orang ramai memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan disebabkan kos ­penginapan, pengangkutan dan makanan yang sangat murah di situ.

“Kenapa ramai bersesak ke Thailand? Pergi Hatyai je cukup, akan rasa macam tiap minggu nak pergi. Hotel murah, makan murah dan sedap. Industri ­pelancongan mereka memang betul-betul hidup,” kata seorang pengguna Twitter, @myjoe_.

“Berjalan dekat sana lebih seronok. Murah pun murah, contohnya RM15 masuk kedai se­r­baneka di Thailand boleh beli macam-macam. Di Malaysia, tak banyak boleh dibeli dengan RM15,” kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai Han.


Makanan, hotel di Hatyai lebih murah berbanding Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list