Artikel Terkini

“Makeover” Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200

"Makeover" Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200 2

Ruang tangga standard yang disediakan oleh pemaju adalah kemasan jubin polos je. Memang kalau anda yang suka dekor rumah, nak nampak cantik perlu tambah kemasan lain. Almaklumlah, tangga ni juga antara elemen yang dominan yang jeals kelihatan di ruang tamu. Kebanyakkan perkongsian rakan impiana, mereka akan gunakan kemasan kayu atau vinyl untuk lebih jimat.

Tapi, Puan Aina Syafiqka ada cara lebih mudah dan murah untuk mencantikkan anak tangga dikediamanya. Hanya dengan modal RM 200, Puan Aina sendirian usaha untuk makeover anak tangga kediamannya agar sesuai dengan konsep.

Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih namun belum ada bajet untuk installsolid wood. Saya lihat kebanyakkan tangga mat salleh kongsi dalam instagram mereka cat semula tangga namun kemasan nya jenis kayu bukan jubin.

Seleaps itu, saya cuba buat kajian mengenai cat epoxy yang selalu orang gunakan untuk bilik air. Saya cari cat epoxy yang mate finish dalam shopee pada harga RM 70/1L. Tapi mahal sikit dari cat epoxy yang kilat

Ini jenis-jenis cata yang digunakan:

1 tin warna hitam (2 lapisan sapuan untuk kemasan lebih cantik)
2 tin warna putih (sapuan banyak kali sehingga puas hati)
1 tin under coat

Sebelum cat, bersihkan tangga dan keringkan sepenuhnya. Undercoat keseluruhan tangga 2 lapis, baru cat dengan rona yang ditetapkan. Bancuhan cat bewarna saya buat 2 kali sbeba perlu campu dengan hardener. Untuk elak pembaziran, saya campur sikit-sikit. Jangan bacnuh terus 1 tin. Nanti tak habis pakai, cat rosak macam tu je.

Kerja-kerja makeover ni saya buat sorang-sorang sebab PJJ dengan suami. Memandangkan setiap lapisan ambil masa 8-12 jam, saya buat waktu malam masa anak dah tidur. Saya akan mulakan dari bawah ke atas. Jadi, bangun tidur dah boleh pijak

Dah lebih 11 bulan tangga ni siap, tiada lagi masalah terkopek walaupun saya pernah heret kabinet yang besar. warna pun tak pudar

"Makeover" Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link