Infotainment

Maksud Sebenar ‘OK’ Dan Teori Bagaimana Terciptanya Terma Ini

Maksud Sebenar 'OK' Dan Teori Bagaimana Terciptanya Terma Ini 1

Maksud Sebenar 'OK' Dan Teori Bagaimana Terciptanya Terma Ini 2

Hai, adakah anda OK? Rasanya tidak perlu dijelaskan apa maksud perkataan OK. Ianya adalah sejenis ungkapan yang memberi makna dan aura positif kepada sesiapa yang menyebutnya.

Namun, kini singkatan kata ‘OK’ semakin pendek dan masyarakat hanya menyebut kata ‘K’ sahaja sekaligus menunjukkan sikap malas hendak ambil tahu jika berbual menerusi aplikasi media sosial. Tapi tahukah anda, bagaimana manusia terfikir untuk mewujudkan perkataan OK?

Masyarakat hari ini lebih suka untuk mengutarakan ayat menggunakan bahasa ringkas atau short form contohnya OMG untuk Oh My God. Begitu juga dengan perkataan OK yang pada kata dasarnya wujud disebabkan kesalahan ejaan ‘oll korrect’ atau sebenarnya ‘all correct’.

Allan Metcalf

SUMBER: TWITTER ALLAN METCALF

Menurut Allan Metcalf, pengkaji asal usul terma OK berkata perkataan ini wujud buat pertama kali pada tahun 23 March 1839 di Boston, Amerika Syarikat di mana masyarakat pada waktu itu gemar untuk menyingkatkan terma. Bagi mereka, budaya menyingkatkan terma sebegini sengaja disalah eja bagi memberikan kesan jenaka semasa berbual atau bahasa slanga.

Metcalf berkata, terma OK mula diperluaskan dalam sebuah artikel lawak  bertajuk Anti-Bell-Ringing Society terbitan syarikat akhbar Boston Morning Post. Penyunting artikel berkenaan, Charles Gordon Greene pada ketika itu lebih banyak menekankan penggunaan perkataan OK yang membawa maksud oll korrect (all correct) untuk ayat dalam artikel tersebut.

Martin_Van_Buren

PRESIDEN MARTIN VAN BUREN

Disebabkan penggunaan terma OK menjadi popular, Presiden Amerika Syarikat kelapan, Martin Van Buren menyatakan terma OK juga merujuk kepada Old Kinderhook iaitu nama timangan yang diinspirasikan dengan nama tempat kelahiran beliau. Metcalf beranggapan terma OK mempunyai dua maksud iaitu ‘oll korrect’ adalah Old Kinderhook.

Pada 1840, satu pilihan raya pemilihan presiden Amerika Syarikat diadakan dan Martin Van Buren menggunakan slogan oll korrect is Old Kinderhook untuk memancing undi. Disebabkan Van Buren, terma OK semakin popular di Amerika Syarikat dan ramai menggunakan singkatan OK dalam perbualan harian mereka.

Untuk teori lain bagaimana perkataan OK ini boleh tercipta, anda boleh tonton video daripada ML Studios ini. Semua teorinya masuk akal namun kisah sejarah terciptanya OK dari Boston adalah teori paling popular dan tepat. Anda oll korrect? Mungkin boleh jadikan perkara ini topik perbualan dengan rakan anda selepas ini.

Ini pula maksud sebenar untuk pelekat kereta Jepun yang ramai salah anggap. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Maksud Sebenar Bagi Pelekat Kereta Jepun

Cara Paling Mudah Untuk Betulkan Pandangan Cermin Sisi Kereta Anda

Guna Sup Yang Sama Selama 46 Tahun Beri Rasa Unik Buat Bihun Sup Di Restoran Ini




Maksud Sebenar 'OK' Dan Teori Bagaimana Terciptanya Terma Ini 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo