Artikel Terkini

Malam akhir kempen, Isham janji realisasikan impian rakyat Shah Alam

Malam akhir kempen, Isham janji realisasikan impian rakyat Shah Alam
Malam akhir kempen, Isham janji realisasikan impian rakyat Shah Alam 1

SHAH ALAM – Sepanjang 14 hari berkempen, Isham Jalil telah berjumpa dan bersalaman dengan ribuan rakyat Shah Alam daripada komuniti Melayu, Cina, India dan kaum lain.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam itu berkata, ramai daripada mereka menyuarakan masalah sama yang dihadapi iaitu banjir dan air bersih.

Ini katanya, masalah asas yang masih tidak selesai terutama apabila kerajaan negeri bertukar sejak tiga penggal lepas.

“Beberapa tahun lalu saya telah menulis berkenaan banjir. Saya nyatakan banjir kerap berlaku kerana manusia. Apabila pokok hutan ditebang tanpa had dan tidak ditanam semula, selut dan lumpur masuk ke sungai dan parit yang menyebabkan banjir kilat.

“Apabila parit dan longkang tidak terjaga oleh pihak berkuasa atau kerajaan negeri dan ia tersumbat dengan sampah sarap, ini menambahterukkan lagi keadaan banjir.

“Pada masa sama, mereka menebang pokok hutan simpan kekal yang dinyahwarta oleh kerajaan negeri termasuk di Shah Alam Community Forest sehingga selut dan lumpur masuk ke dalam sistem saliran menyebabkan parit, longkang dan sungai menjadi cetek. Ini menyebabkan banjir kilat kerap berlaku. Keadaan ini perlu diberhentikan,” katanya di sini, malam ini.

Menurut Isham, lima tahun lalu beliau juga telah menulis berkenaan isu air di Selangor, di mana lebih separuh atau 260,000 kes terputus bekalan air di Malaysia berlaku di negeri itu berbanding 400,000 kes di seluruh negara.

Kata beliau, ramai rakyat Selangor terutama di Shah Alam terkesan apabila air tiada dan beliau telah menyuarakan isu itu dengan lantang sehingga disaman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor.

“Saya telah lawan saman ini sehingga saya menang di Mahkamah Tinggi. Namun masalah air di Selangor ini masih berterusan.

“Saya akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu rakyat Selangor sejak sekian lama ini. Saya telah nyatakan cadangan penyelesaiannya yang telah saya tulis beberapa tahun lalu.

“Saya juga pernah bawa isu rumah mahal di Selangor kerana kerajaan negeri PH telah menaikkan kutipan cukai sehingga RM3 bilion setahun daripada cukai pembangunan, perumahan dan hartanah apabila mereka mendapat kuasa,” ujar beliau.

Ini menurut beliau, meningkatkan purata harga rumah di Shah Alam sehingga lebih RM650,000 dan apabila ini berlaku kebanyakan generasi kedua dan ketiga kawasan itu tidak lagi mampu membeli rumah.

Keadaan itu akan memisahkan hubungan anak dengan ibu bapa dan datuk nenek mereka yang tinggal di Shah Alam kerana terpaksa berpindah ke tempat lain.

“Walaupun kerajaan negeri mengutip cukai yang tinggi sehingga menaikkan harga rumah dan kedai dan seterusnya kos sara hidup di Selangor, namun masalah asas masih tidak selesai dan tidak ditangani dengan baik atau tidak dipedulikan.

“Keadaan dan masalah ini berlaku kerana kerajaan negeri leka. Wakil rakyatnya telah menang besar selama tiga penggal, maka hal asas tidak dijaga dan rungutan rakyat tidak diendah.

“Apabila mereka menang besar dan menang banyak kerusi dengan berpuluh ribu majoriti inilah jadinya. Mereka tidak buat kerja, namun tiada pihak yang dapat menyemak imbang kuasa mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

Malam akhir kempen, Isham janji realisasikan impian rakyat Shah Alam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo