Infotainment

Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Beri Keterangan, Identiti Dirahsiakan

Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Beri Keterangan, Identiti Dirahsiakan
Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Beri Keterangan, Identiti Dirahsiakan 1

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew sudah diambil keterangan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata identiti mangsa dan jumlah saksi yang datang tidak akan didedahkan.

BACA: Rumah Ebit Lew Digeledah Polis

Kata pihak polis lagi, siasatan berhubung perkara itu masih diteruskan dan pihak polis masih menunggu saksi lain tampil membantu siasatan.

“Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai yang ada maklumat boleh tampil,” katanya.

Minggu lalu, Ebit Lew hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular baru-baru ini.

Siasatan terhadap pendakwah itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.


Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Beri Keterangan, Identiti Dirahsiakan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo