Berita

Martin mampu menyinar di MotoGP

Martin mampu menyinar di MotoGP 1

Martin mampu menyinar di MotoGP 2

London: Johann Zarco berkata bakal rakan sepasukannya di Pramac Ducati , Jorge Martin mempunyai bakat untuk pantas menyesuaikan diri dengan kelas perdana apabila dia mula menyertai MotoGP 2021.

Laporan awal tahun ini mendedahkan Ducati telah pun mencapai persetujuan dengan pelumba Moto2, Martin yang berusia 22 tahun untuk menyertai pasukan itu pada 2021 dan disahkan secara rasmi pada September lalu.

Bekas juara dunia Moto3 2018 itu menamatkan kempen Moto2 musim ini di tempat kelima. Harapan pelumba Ajo KTM terbabit mencabar kejuaraan musnah apabila terpaksa melupakan dua saingan perlumbaan di Misano selepas dijangkiti Covid-19.

Martin salah seorang daripada tiga pelumba baru yang menyertai kelas perdana tahun ini selain juara dunia 2020, Enea Bastianini dan naib juara Luca Marini.

Ketika ditanya harapan terhadap rakan sepasukan barunya untuk 2021 itu, Zarco berkata: ”Jorge Martin, saya fikir dia akan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Cara dia menunggang Moto2, saya nampak masa depan cerah dan dia mempunyai bakat menyesuaikan diri dengan pantas.

”Secara keseluruhannya bersama Pramac, mereka mempunyai banyak rujukan dan dia mempunyai kumpulan Sepanyol, jadi dia sudah pasti akan berasa lebih selesa dalam masa yang singkat.”

Zarco sendiri mengakui dia yakin dapat mempamerkan tunggangan lebih mantap pada 2021 selepas mendapat suntikan semangat susulan kejayaan Jack Miller meraih tempat kedua berturut-turut pada penghujung 2020.

Martin mampu menyinar di MotoGP 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo