Infotainment

Masalah Skrin Pada iPhone 12 Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian – Amanz

Masalah Skrin Pada iPhone 12 Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian – Amanz 1

Masalah Skrin Pada iPhone 12 Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian – Amanz 2

iPhone 12 adalah peranti mercu yang baru dan mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan iPhone 12 Mini. iPhone 12 juga merupakan pilihan yang lebih murah dengan iPhone 12 Pro. Kesemua iPhone 12 menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan tiada lagi penggunaan skrin LCD Liquid Retina.

Masalah Skrin Pada iPhone 12 Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian – Amanz 3

Skrin OLED pada sesebuah telefon pintar biasanya pada awal akan berlaku masalah. Ada yang masalah pada panel skrin atau juga masalah pada perisian seperti kalibrasi skrin yang tidak bagus. Sejak beberapa hari ini, pengguna iPhone 12 ada melaporkan berlakunya masalah skrin. Setiap masalah ini dilihat berlainan. Ada yang melaporkan masalah pencahayaan tidak diingini berlaku, ada juga masalah berkelip-kelip atau juga tunaskrin seperti warna kehijauan atau kekelabuan mula muncul.

Masalah ini dilihat berlaku pada iOS 14.1, iOS 14.2 dan juga iOS 14.3 versi beta. Pengguna yang melaporkan masalah ini telah menghantar peranti mereka ke pusat perkhidmatan Apple dan menurut MacRumors, Apple mengarahkan para juruteknik mereka untuk tidak membaiki peranti tersebut. Ini kerana Apple yakin yang masalah ini boleh dibaiki dengan kemaskini perisian sahaja.

Masalah ini pernah berlaku pada siri iPhone 11 dan Apple berjaya membaiki isu ini dengan mengedarkan kemaskini perisian sahaja. Mungkin selepas iOS 14.3 stabil kelak, masalah ini akan dibaiki.



Masalah Skrin Pada iPhone 12 Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo