Pelakon, Iqbal Mazlan, 33, menangis ketika memberi respon terhadap cahaya matahari, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, bapanya, Mazlan Ibrahim berkata, Iqbal hilang penglihatan akibat jangkitan virus pada mata sejak 5 Mac lalu.
Respons pergerakan tangan
Menurut Mazlan, Iqbal telah memberi respon terhadap pergerakan tangan tunangnya, Aida Othman. Susulan itu, anaknya menangis terharu kerana penglihatannya dikatakan beransur pulih.
Ujar Mazlan lagi, kebiasaannya selepas ujian di klinik mata dan sebelum kembali ke wad Hospital Shah Alam, dia bersama Aida akan membawa Iqbal untuk berjemur di bawah matahari.
Ia dibuat waktu pagi setiap hari hinggalah sekarang sebagai ikhtiar pemulihan. Aida sering menemani Iqbal dan bagi kata-kata semangat. Dia juga adalah rakan kongsi kafe Iqbal di Sepang.
Tambah Mazlan, anaknya itu merancang untuk berkahwin dengan Aida pada Mei ini.
Terdahulu, Iqbal berkata, doktor memaklumkan matanya kini perlahan-lahan sudah bertindak balas dengan cahaya.
Alhamdulillah, ada macam satu sinar harapan buat saya. Kiranya ia reaksi positif dengan rawatan perubatan yang dijalani sehingga kini.
Bagaimanapun, keputusan penuh ujian darah belum ada dan saya masih dalam rawatan ubat anti virus. Doktor beritahu ada lagi 12 dos perlu diambil untuk anti virus.
Sumber: Harian Metro
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo