Berita

‘Masih terngiang-ngiang suara Miyo panggil nama saya’

'Masih terngiang-ngiang suara Miyo panggil nama saya' 2

Kota Bharu: Remaja lelaki menangis teresak-esak meratapi tragedi menimpa rakan karibnya yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Banggol di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada 6 petang itu, Amirul Mukminin Mohd Izuha, 15, hilang ketika mandi bersama tiga rakannya.

Menurut saksi yang juga rakan mangsa, Faris Amin Zulfadli, 16, berkata, dia dan seorang lagi rakan, Mohd Aziz Mohd Rosdi, 13, ke sungai itu pada 5.30 petang untuk mandi dan setengah jam selepas itu mangsa tiba.

“Miyo (Amirul) datang tidak lama kemudian dan biasanya sebelum masuk ke dalam sungai dia akan bertanyakan dulu kepada saya sama ada dalam atau tidak.

“Tapi tadi tanpa bertanya, dia terus masuk ke dalam sungai dan mula berjalan perlahan-lahan sebelum saya mendengar jeritannya meminta tolong.

“Tanpa memikirkan kedalaman sungai, saya cuba mendapatkannya dan berjaya mencapai sebelah tangannya namun disebabkan dia menggelupur, pegangan itu terlepas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Faris Amin berkata, dia melihat Amirul tenggelam timbul dalam sungai dan seorang penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi juga cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

Katanya, mereka yang berkawan sejak di sekolah rendah lagi sudah kerap mandi di kawasan itu namun tidak menyangka akan berakhir dengan tragedi sebegitu.

“Masih terngiang-ngiang lagi suaranya memanggil nama saya meminta tolong namun sangat kecewa kerana tidak dapat menyelamatkannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.12 petang dan seramai 15 anggota termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi.

“Anggota PPDA membuat sekali selaman di sekitar tempat mangsa dilihat tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Bagaimanapun, mangsa tidak ditemui dan operasi hari ini ditamatkan pada 7 malam dan akan bersambung 8 pagi esok,” katanya.

'Masih terngiang-ngiang suara Miyo panggil nama saya' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo