Berita

Masyarakat perlu lebih terbuka | Harian Metro

Masyarakat perlu lebih terbuka | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Masyarakat seharusnya lebih terbuka dalam membuat penilaian khususnya membabitkan penganjuran acara tertentu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Penasihat Agama dan Media Yayasan Prihatin Bangsa Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, setiap satu acara yang dijalankan pada waktu ini sudah mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, tidak timbul isu berat sebelah di dalam penganjuran acara seni kerana semua pelaksanan SOP dipatuhi sebaiknya.

Asmawi berkata, tindakan beberapa pihak membandingkan acara itu dengan keputusan kerajaan mengehadkan kehadiran jemaah di masjid juga sesuatu yang tidak tepat.

“Bagi saya, orang seni juga ada hak mereka dan kerajaan memberi ruang berdasarkan kepada kesediaan mereka mematuhi SOP.

“Tapi jika ada yang ingin menyamakan kedudukan masjid tidak boleh datang, pengajian agama tak boleh buat saya rasa tidak tepat kerana hal itu sudah diberikan penjelasan oleh kerajaan berdasarkan peruntukan kuasa sedia ada” katanya kepada Harian Metro.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak mula mempersoalkan Majlis Keselamatan Negara berhubung kebenaran menjalankan acara termasuk sukan dan hiburan.

Sementara itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu pengawalan SOP menjadi fokus kerana penjarakan sosial adalah antara langkah berkesan memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, SOP dibuat bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi kerajaan mencuba dengan segala pendekatan demi memastikan keselamatan semua terjamin.

“Keputusan dan ketetapan SOP berkaitan hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa sultan dan kerajaan negeri,” katanya.

Masyarakat perlu lebih terbuka | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo