Infotainment

Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta

Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta
Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta 1

Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, pelakon Mawar Rashid menerima kejutan istimewa apabila suaminya menghadiahkan rumah banglo berharga hampir RM2 juta.

Menurut Mawar, dia meluahkan rasa syukur akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman selepas bekerja keras untuk mengumpul wang selama ini.

BACA: Mawar Rashid Sebak, Rindu Suami Keluar Tiga Hari Belajar Agama

“Sumpah saya memang tak sangka akhirnya dapat beli rumah idaman ini. Lama dah saya impikan. Saya selalu beritahu suami (Raf) untuk ada rumah tersebut satu hari nanti.

“Kalau ikutkan, saya tahu pasal rumah itu. Cuma saya tak sangka yang Raf akan buat surprise (kejutan) sempena ulang tahun keempat kami di rumah tersebut.

“Bukan setahun dua kami kumpul wang dan bekerja keras untuk itu. Empat tahun juga selepas bernikah kami mula menabung perlahan-lahan,” katanya.

Mengakui bukan mudah untuk memiliki aset di usia muda, Mawar berkata tidak dapat digambarkan perasannya apabila impiannya itu dikabulkan Tuhan.

“Bukan senang nak ada aset pada usia muda. Kerja keras siang malam, bila dapat sesuatu yang kita idam dengan hasil usaha sendiri, lain betul rasanya,” katanya.

Kata Mawar lagi, dia dan suami merancang untuk berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di ibu kota itu selewat-lewatnya Ramadan tahun depan.


Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo RM2 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo