Berita

Mayat mengerikan di bawah jejantas

Mayat mengerikan di bawah jejantas 1

Mayat mengerikan di bawah jejantas 2

Butterworth: Mayat lelaki tanpa identiti dalam keadaan mengerikan dengan beberapa bahagian anggota badan hancur ditemui di bawah jejantas pejalan kaki berhampiran sebuah gedung menjual barangan cenderamata di Jalan Jelawat, Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 8.03 malam dan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

“Polis tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mayat dan secara pandangan kasar didapati mangsa berusia lingkungan 40-an.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai membunuh dirinya dengan terjun dari jejantas pejalan kaki sebelum dilanggar kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

“Ini berikutan terdapat selipar milik mangsa ditemui di jejantas terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan tidak menghala ke tempat kejadian malah tiada saksi bebas yang menyaksikan insiden itu.

Shafee berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pecah dengan tempurung kepala hancur dan mengalami patah lengan kiri serta paha kanan.

“Punca utama kematiannya adalah disebabkan mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi dan dilanggar kenderaan,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mengerikan di bawah jejantas 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo