Infotainment

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 2

Kini Trending

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 3

Foto: Media Prima

Media Prima Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM4.2 pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021. Keuntungan ini secara tidak langsung memperbaiki kerugian selepas cukai (“LAT”) berjumlah RM30.0 juta pada suku pertama perbandingan (1QFY20”).

Difahamkan ini merupakan keuntungan suku tahunan ketiga berturut-turut dan keuntungan suku tahunan yang pertama bagi syarikat sejak tahun 2016.

Foto: Media Prima

Perolehan syarikat turut meningkat sebanyak 7% kepada RM254.5 juta pada suku berbanding RM238.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya. Peningkatan ini dicapai menerusi pertumbuhan perolehan dalam segmen penyiaran, perdagangan dan media digital.

Apa yang lebih membanggakan apabila menerusi segmen penyiaran, syarikat ini mencatatkan PAT sebanyak RM10.7 juta pada suku pertama 2021 berbanding kerugian sebanyak RM18.7 juta pada tempoh tahun lalu. Perkara ini berjaya dicapai disebabkan peningkatan perolehan sebanyak 16% kepada RM925 juta pada suku menerusi pengiklanan yang mantap yang diterajui oleh Media Prima Omnia melalui perniagaan jualan bersepadunya yang dilancarkan pada April 2020.

Selain itu, menerusi segmen perdagangan iaitu WOWSHOP berjaya mencatatkan PAT sebanyak RM2.5 juta dengan peningkatan 19% perolehan pada suku sama sebelumnya. Tiga bulan pertama tahun ini, WOWSHOP meningkat melebihi 60% daripada jumlah jualan keseluruhan pada suku pertama 2021. Bagi REV Media Group yang dikenali sebagai Penerbit Digital mencatatkan PAT sebanyak RM0.6 juta pada S1TK21 berbanding kerugian sebanyak RM0.07 juta dicatatkan pada S1TK20..

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 7

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata, syarikat amat berpuas hati dengan pencapaian suku pertama tahunan syarikat kerana lazimnya suku pertama merupakan suku tahunan yang sukar buat syarikat.

Keputusan kewangan mantap kami yang dicatatkan pada suku-suku tahunan kebelakangan ini menandakan pemulihan yang ketara kepada Kumpulan, terutamanya semasa pandemik Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan penularannya telah memberi impak yang besar kepada ekonomi dan industri kami.

Langkah-langkah strategik untuk mentransformasi perniagaan kami pada tahun 2020 telah membina asas yang lebih kukuh, bukan sahaja untuk menghadapi cabaran dengan lebih baik, malahan untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap keadaan negara akan bertambah baik menerusi program vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 9

Sementara itu Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Encik Rafiq Razali berkata pihaknya memulakan tahun 2021 dengan langkah yang positif, dengan merekodkan keuntungan suku tahunan kumpulan buat kali ketiga berturut-turut, di samping mengurangkan kerugian di beberapa platform.

Jelasnya lagi, pihak syarikat akan berusaha sedaya upaya bagi mencapai kerjasasama di kesemua perniagaan yang ada dan mencari penyelesaian kreatif bagi memberi manfaat kepada platfom-platfom yang ada yang secara tidak langsung akan memenuhi trend yang dikehendaki oleh pelanggan.

Perolehan daripada pengiklanan, percetakan dan edaran surat khabar, serta jualan kandungan telah bertambah baik. Ini adalah hasil daripada usaha pasukan kami yang telah mempamerkan kreativiti, fleksibiliti dan ketahanan diri semasa menempuhi waktu yang begitu mencabar. Usaha optimisasi kos yang telah diambil pada pada tahun 2020 membolehkan kami beroperasi di tahap yang lebih efisien.

Sambil Kumpulan berkembang untuk mengukuhkan prestasi, Media Prima mengakui bahawa tanggungjawab kami juga turut bertambah. Walaupun kami mencatat kemajuan dalam pencapaian kewangan, masih banyak yang perlu kami lakukan di dalam bidang Kelestarian (Sustainability).


Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 11

The following two tabs change content below.

Have courage and be kind.



Media Prima Catat Keuntungan Untuk Tiga Suku Tahunan Berturut-Turut 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo