Infotainment

MediaTek Dimensity 700 Diumumkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan – Amanz

MediaTek Dimensity 700 Diumumkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan – Amanz 2

MediaTek kini meneruskan lagi penawaran pemproses yang memfokuskan kepada peranti pintar dengan sokongan 5G mampu milik menerusi pengenalan MediaTek Dimensity 700. Ia dilihat membawakan penambahbaikan kecil pada CPU berbanding cip Dimensity 720 tetapi pengurangan spesifikasi pada GPU, selain turut dihasilkan menggunakan teknologi 7nm.

MediaTek Dimensity 700 Diumumkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan – Amanz 3
MediaTek Dimensity 700 Diumumkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan – Amanz 5

Spesifikasi dilihat hampir sama, tetapi dengan perbezaan yang kecil. Dimensity 700 dilihat mempunyai sokongan CPU yang lebih pantas – terdiri dengan gabungan dua teras Cortex-A76 pada kelajuan sehingga 2.2GHz dan enam teras lagi Cortex-A55 pada kelajuan 2.0GHz. Untuk GPU pula, ia menggunakan ARM Mali-G57 MC2 dengan kelajuan sehingga 950MHz, selain menyokong memori yang terhad pada LPDDR4x (sehingga 12GB) dan storan berasaskan UFS 2.2.

Spesifikasi lain termasuklah, sokongan skrin FHD dengan kadar segar semula sehingga 90Hz, sokongan sistem kamera sehingga 64-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 16-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video sehingga 2K 30FPS.

Dalam pada itu, sokongan pembantu suara pintar juga dipertingkatkan untuk pengalaman lebih baik. Buat masa ini, masih belum diketahui peranti apakah yang akan disertakan dengan cip pemproses ini.



MediaTek Dimensity 700 Diumumkan – Sebuah Lagi Cip 5G Kelas Pertengahan – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo