Infotainment

‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai

‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai
‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebut sahaja ZhafVlog, pasti ramai sudah mengenali Zhaf yang sering tampil dengan konten ‘review’ filem tanahair dan juga luar negara.

Terbaharu, ZhafVlog tampil mengulas sebuah filem iaitu Belaban Hidup yang ditayangkan di Astro First. Menerusi video ulasan ZhafVlog, dapat dilihat dirinya yang kecewa dengan keseluruhan filem tersebut dan memberikan kritikan terhadap filem itu.

Video ulasannya itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya bersetuju serta kecewa dengan filem Belaban Hidup itu. Mana tidaknya, filem tersebut tidak mencapai ‘standard’ walaupun dikatakan telah menerima banyak anugerah di luar negara.

Lantaran itu, Ray Lee yang merupakan pengarah dan penerbit filem tersebut tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan oleh Zhaf. Malah, Ray Lee di ruangan komen video itu mengatakan dirinya hormat akan ulasan yang diberikan tetapi tidak dapat menerima kritikan dengan carutan.

Disebabkan tidak dapat menerima kritikan, Ray Lee dipercayai telah membuat laporan SKMM untuk Zhaf memadam video ulasannya. Malah, Ray Lee juga menegaskan bahawa filem tersebut telah mendapat pengiktirafan festival filem dan mengatakan Zhaf tiada ilmu dalam bidang filem.

Tindakan Ray Lee tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Dalam satu perkongsian di Twitter, tular tangkap layar perbualan dalam group WhatsApp SWK Filmmakers Community dimana tindakan Ray Lee dikecam oleh pembikin filem.

Screenshot 2021-08-31 at 11.30.04 AM

Screenshot 2021-08-31 at 11.35.31 AM

Bukan itu sahaja, Joko Anwar yang merupakan pengarah dari Indonesia juga mengecam tindakan Ray Lee dan mengatakan sokongannya kepada Zhaf. Malah, Joko Anwar juga mengatakan jika dirinya menghasilkan karya tidak berkualiti, dirinya dengan hati terbuka boleh menerima kritikan diberikan Zhaf untuk perbaiki diri.

Malah, rata-rata netizen mengatakan rasa kecewanya mereka dan tertanya-tanya bagaimana industri filem tanahair mahu maju jika tidak boleh menerima kritikan. Lebih mengecewakan apabila filem diwar-warkan telah menerima banyak anugerah tetapi hasilnya mengecewakan.

Tahukah anda bahawa Train to Busan akan ‘remake’ versi Hollywood? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Peminat Tidak Gembira Dengan Idea ‘Remake’ Train To Busan Versi Hollywood

‘Ibu Kota Malaysia Adalah Manila’- Jawapan Penuh Yakin Song Ji Hyo Ini Undang Tawa Netizen


‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo