Infotainment

“Memang Isteri Keluar Modal Untuk Buat Filem, Tapi Nafkah Saya Tetap Kena Bagi”

“Memang Isteri Keluar Modal Untuk Buat Filem, Tapi Nafkah Saya Tetap Kena Bagi”
"Memang Isteri Keluar Modal Untuk Buat Filem, Tapi Nafkah Saya Tetap Kena Bagi" 1

Penyanyi dan pengarah Mawi mengakui isterinya Ekin Rahmat dan juga adik iparnya, Ain banyak mengeluarkan modal untuk filem diterbitkan syarikatnya, Mawi World Entertainment.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Mawi berkata dia tidak menculas dalam memberi nafkah yang sepatutnya diberikan oleh suami.

BACA: Mawi Tak Malu Cakap Takut Bini

“Memang isteri banyak support dari segi duit. Macam untuk filem pun dia dan Ain banyak keluarkan modal. Tapi itu dari segi perniagaan la.

“Tapi dari segi kehidupan peribadi itu tidak la..duit kita, duit dia. Duit dia, duit dia.Itu dikira nafkah la sebagai suami memang kena bagi. Walaupun isteri kita ni kaya raya ke, tapi nafkah kita tetap kena beri juga,” kataya.

Bakal tampil dengan filem inspirasi kisah benar pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Ilias, Mawi berkata banyak kisah menarik beliau boleh dijadikan iktibar.

“Saya fikir banyak pengalaman dan kisah menarik beliau boleh dijadikan iktibar dan inspirasi. Mungkin penonton dan rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kisah hidupnya.

“Saya fikir ujian yang saya lalui sudah cukup besar, tapi sebenarnya ujian Ustaz Kazim lagi hebat. Apabila kita rasa sudah teruk berdepan ujian hidup, sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih hebat diuji,” katanya.


"Memang Isteri Keluar Modal Untuk Buat Filem, Tapi Nafkah Saya Tetap Kena Bagi" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list