Artikel Terkini

Menanti emas badminton di Sukan Olimpik

Menanti emas badminton di Sukan Olimpik
Menanti emas badminton di Sukan Olimpik 1
Menanti emas badminton di Sukan Olimpik 2
MUHAMMAD HELMEE RAMLI, WARTAWAN EKSEKUTIF

TIDAK dinafikan, harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan kontinjen negara merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik hanya disandarkan kepada le­genda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei.

Sebaik beliau mengumumkan persaraan pada Jun 2019, misi itu diteruskan pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia untuk meneruskan misi yang masih belum tertunai itu.

Ketika Zii Jia tewas pada pusingan kedua di Sukan Olimpik Tokyo, ramai yang berpendapat hasrat Malaysia untuk memiliki juara Olimpik semakin malap, namun beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali menyalakan harapan itu apabila memenangi pingat gangsa.

Justeru, ia sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat buat kontinjen Malaysia, khususnya skuad badminton bagi menamatkan penantian negara bagi membawa pulang pingat emas Olimpik yang ditunggu-tunggu.

Penulis juga berkeyakinan misi itu bukan sesuatu yang mustahil, lebih-lebih lagi Aaron-Wooi Yik menggegarkan arena badminton antarabangsa apabila menjadi juara dunia pertama dari Malaysia Ogos lalu.

Terbaharu, gandingan pasa­ngan No. 11 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah yang melakar sejarah tersendiri dengan menjadi beregu wanita Malaysia pertama memenangi kejohanan Terbuka Perancis menewaskan juara dunia dua kali dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Keadaan itu sekali gus bakal meredakan tekanan digalas Zii Jia kerana dia diletakkan sebagai harapan bagi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2024 yang dijadualkan berlangsung di Paris, Perancis dua tahun lagi.

Sekiranya Pearly-Thinaah mampu mengekalkan prestasi yang ditampilkan ketika ini, mereka bukan sahaja mampu menjadi pencabar utama bagi menjejakkan kaki ke podium, malah bersaing merebut pingat emas.

Keyakinan ini turut dikongsi Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky apabila beliau mahu memastikan penyertaan beregu wanita itu bukan sekadar hanya mengisi slot.

“Saya harus pastikan mereka tidak ke Sukan Olimpik nanti semata-mata untuk penyertaan sahaja. Mereka mesti pergi bertanding di sana dengan tujuan menjadi calon meraih pingat pada temasya tersebut.

“Sekiranya Pearly-Thinaah mampu mendapatkan pingat buat kontinjen negara, sudah tentu ia sesuatu yang sangat bagus kerana Malaysia belum pernah mendapat pingat Olimpik dalam acara beregu wanita,” kata pengendali dari Indonesia itu.

Penulis percaya, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mampu untuk menjadi antara beregu terbaik dunia sekiranya kekal me­rendah diri dan tidak memandang enteng kemampuan pemain-pemain lain.

Pada masa sama, Chong Wei juga meramalkan Pearly-Thinaah memiliki masa depan cukup cerah dan beliau gembira kerana ‘adik-adiknya’ itu tidak putus-putus mendapatkan nasihat daripada senior.

“Pearly memiliki serangan yang cukup hebat sementara Thinaah dengan aksi bertahan membuatkan kita bangga selepas mereka memenangi kejohanan Terbuka Perancis sebelum ini. Mereka berjaya tewaskan beregu terbaik dari Indonesia, Korea dan Jepun.

“Kedua-dua pemain ini perlu terus merendah diri dan bekerja lebih keras dalam latihan kerana mereka ada kemampuan untuk pergi lebih jauh. Mereka juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada senior-senior termasuk saya,” ujar bekas pemain No. 1 dunia itu.

Secara kesimpulan, penulis menganggap, Malaysia kini memiliki tiga wakil termasuk Zii Jia, Aaron-Wooi Yik serta Pearly-Thinaah yang dilihat mampu untuk menamatkan penantian negara bagi mendapatkan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. Malaysia boleh!


Menanti emas badminton di Sukan Olimpik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo