Infotainment

Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’ Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini!

Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’ Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini!
Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara 'Aduan Jiwa' Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini! 1

Kini Trending

Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara 'Aduan Jiwa' Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini! 2

Terbaharu di TV9, program bual bicara ‘Aduan Jiwa‘ yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam selama 10 episod.

Konsep program bual bicara ‘Aduan Jiwa’ ini merupakan idea asal Ahmad Fedtri Yahya sendiri. Memaparkan kisah benar yang akan diceritakan sendiri oleh mangsa trauma dalam kes-kes tertentu, Fedtri Yahya akan menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam. Lakonan semula akan dipaparkan semasa penceritaan. Panel jemputan juga akan ditampilkan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalah buat para mangsa. Antara topik dan kes yang akan dikupas adalah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

Episod pertama yang akan bersiaran pada 2 Januari 2022 nanti akan memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian tersebut akan dibuat oleh seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun. Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.

Episod seterusnya pula akan menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir. Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang di rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini. Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini.

Artis popular tanah air iaitu Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki oleh orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk. Ikuti perkongsian kisah beliau dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’.

Di samping itu, topik ‘muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula akan berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya dan memberi nafkah batin. Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya. Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi oleh bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya.

Apakah topik dan kes lain yang bakal dipersembahkan dalam aduan jiwa? Saksikan paparan menarik dalam program bual bicara baharu ini hanya di TV9.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.


Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara 'Aduan Jiwa' Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini! 4

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.


Mendalami Kisah Di Sebalik Tirai Kehidupan, Program Bual Bicara 'Aduan Jiwa' Bakal Ditayangkan Di TV9 Mulai Malam Ini! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo