Infotainment

Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam

Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam
Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam 1

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan aksinya melompat di kolam renang dengan memakai kasut tumit tinggi.

Video dikongsikannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa ngeri melihat tindakannya itu apatah lagi dia serang sarat hamil.

BACA: Netizen Seriau Tengok Elfira Loy Sarat Hamil Lompat Swimming Pool Pakai Kasut Tinggi

Tampil menjelaskan situasi itu di Insta Story, Elfira berkata dia mengaku mengidam untuk melakukan aksi lompat berkenaan meksipun tahu ianya bahaya.

“Masa nak lompat memang fikir semalaman nak buat ke tak. Lepas tu tengok macam dekat je. So untuk bekas atlet lompat jauh, saya rasa seperti kacang.

“Tapi bila sampai dekat memang kecut perut. Tapi rasa nak sangat. Rasa nak yang macam orang mengidam makan sabun tu.

“Saya rasa mengidam nak lompat ni sebab saya plan dah lama dah nak lompat. Tapi saya memang tak cadangkan untuk lompat bagi siapa yang tak berani,” katanya.

Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam 2

Menurut Elfira lagi, jika memikirkan tentang perkara buruk yang akan berlaku banyak sebab boleh terjadi.

“Kalau nak fikir, kalau jadi apa-apa macam mana. Banyak lagi kalau dekat semua benda boleh terjadi. Saya percaya Allah pasti lindungi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira sempat menjelaskan mengapa dia memilih untuk memakai kasut tinggi ketika hamil berbanding kasut flats.

“Saya banyak tersadung pakai flats atau kasut sukan dari pakai kasut tinggi. Sebab tu saya boleh lari dengan kasut tinggi. Kawan-kawan saya semua tahu. Kasut tinggi yang kecil ini seperti kasut sandal bagi saya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian Insta Story yang lain Elfira berkata dia kisah dengan kecaman sertabersedia dengan kritikan dilemparkan netizen.


Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo