Infotainment

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya….

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya….
“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. 1

Tular di negara seberang kisah majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh pengantin perempuan.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Magetan, Jawa Timur di mana pengantin lelaki dikatakan telah lari pada saat-saat akhir.

Selepas beberapa ketika mengundang tanda tanya ramai orang, lelaki bernama Gandi itu tampil membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, dia membuat keputusan untuk melarikan diri disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya.

Salah satu masalah dihadapinya adalah tidak mampu membayar upah jurusolek untuk pengantin perempuan yang berasal dari Kecamatan Maospati.

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. 2

Gandi berkata dia pernah memberitahu wanita itu untuk tidak mengupah jurusolek yang cas pada harga yang tinggi.

Bagaimanapun, keluarga wanita berkenaan telah memanggil jurusolek yang jauh lebih mahal daripada bajetnya.

Jelasnya lagi, dia telah lari dengan wang hasil menggadai motosikal miliknya.

Pada asalnya, mengikut perancangan dia mahu menggunakan wang itu untuk membayar pemuzik pada hari perkahwinan.

Kata Gandi, dia sangat menyayangi wanita itu namun terpaksa membiarkan cinta hatinya berseorangan di atas pelakon tanpanya.

Tiga hari sebelum majlis berlangsung, Gandi berkata dia berhasrat untuk membatalkan majlis resepsi itu atas saranan orang tuanya namun ia tetap berlangsung.

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. 3

Disebabkan itulah, ibu bapa Gandi mencadangkan agar dia menggadai motosikal.

Difahamkan, dia kini sedang berusaha untuk mengumpul wang bagi menampung kos majlis berkenaan.

Namun, menerusi beberapa laporan portal tempatan Indonesia pasangan itu bersama keluarga masing-masing kini berbalah dan wujud sengketa antara mereka.

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. 4


3 bulan lalu

Tular Wanita Menangis Atas Pelamin, Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar-Besaran


“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list