Infotainment

‘Mereka Tidak Pakai Uniform, Lencana Rasmi’

‘Mereka Tidak Pakai Uniform, Lencana Rasmi’
'Mereka Tidak Pakai Uniform, Lencana Rasmi' 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi kumpulan wanita Dolla berkongsi di media sosial bagaimana mereka telah diganggu ketika selesai latihan tarian pada waktu malam 20 Disember yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Menerusi satu hantaran Twitter milik Dolla, kumpulan itu mengatakan telah ditahan oleh 3 orang lelaki menaiki kenderaan jenis Proton berwarna merah.

Bukan itu sahaja, pada mulanya, ketiga lelaki tersebut menghampiri kereta Dolla lalu menurunkan tingkap kereta mereka sambil memandang Dolla.

Selepas itu, ketiga lelaki berkenaan telah mengakui mereka adalah anggota polis dan mula menyoal siasat kumpulan terdiri daripada 4 gadis itu yang bernama Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

Paling bahaya sekali, mereka juga meminta kad pengenalan atau IC setiap ahli kumpulan itu, malah menangkap gambar kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan mereka apabila ketiga-tiga lelaki tersebut tidak memakai pakaian polis dan kenderaan polis semasa mereka ditahan.

Mujur terdapat sebuah kenderaan yang berhenti berhampiran kereta mereka lalu ketiga lelaki tersebut menyerahkan IC dan terus beredar pergi tanpa penjelasan yang kukuh.

Disebabkan kejadian itu, Dolla menanyakan kepada orang ramai di media sosial mengenai perkara tersebut sama ada kejadian itu ‘real’ atau ‘scam’.

Sementara itu, Dolla turut memberi nasihat supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri terutamanya bagi golongan wanita.


'Mereka Tidak Pakai Uniform, Lencana Rasmi' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo