Berita

Michelle Obama tampil dalam program masakan kanak-kanak

Michelle Obama tampil dalam program masakan kanak-kanak 2

Isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama mengumumkan bakal muncul dengan program masakan kanak-kanak, Waffles + Mochi yang akan ditayangkan di Netflix bermula Mac ini.

Michelle akan membintangi program bersiri itu dan pada masa sama akan memegang tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif.

Di Twitter, isteri Barack Obama itu berkongsi rasa terujanya untuk meneroka dunia masakan bersama kanak-kanak.

“Saya begitu teruja untuk meneroka masakan dan merasa keenakan pelbagai juadah dari seluruh dunia serta berkongsi dengan kanak-kanak walau di mana jua mereka berada.

“Saya juga seronok untuk bekerjasama dengan @PHAnews bagi membantu kanak-kanak membina kehidupan yang sihat dan membantu keluarga memasak menggunakan bahan-bahan segar,” tulisnya.

Program itu akan menampilkan Michelle sebagai pemilik pasar raya yang akan membantu dua boneka bernama Waffles dan Mochi meneroka dunia masakan.

Michelle sebelum ini pernah muncul dalam beberapa program di Netflix antaranya American Factory pada 2019 dan Becoming (2020).

Michelle Obama tampil dalam program masakan kanak-kanak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo