Berita

Mika anak Ean atau Hakim?

Mika anak Ean atau Hakim? 2

Kuala Lumpur: Drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang melabuhkan tirai semalam terus diperkatakan ekoran penamat cerita yang dianggap tergantung.

Ruang maya di media sosial dibanjiri dengan komen dan status yang mempersoalkan status Mika, sama ada dia anak kepada Ean lakonan (Alvin Chong) atau Hakim (Muaz Fitri).

Malah, kesemua pelakon utama TYT juga tidak mengetahui itu adalah kesudahan drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.

Pengarah dan penerbit, Shahrulezad ketika dihubungi berkata, dia tidak ada penjelasan mengenai perkara itu selain mahu menyampaikan mesej mengenai bahaya minum arak.

“Saya pun tak tahu kenapa ramai ‘noya’ dan ‘meroyan’ dengan penghujung cerita ini. Sejujurnya, saya tidak ada penjelasan. Cuma, apa saya boleh katakan, dalam hidup ini segala kemungkinan boleh berlaku. Jadi, logiklah kalau apa yang dipaparkan semalam berlaku. Tidak ada dalam hukum membuat drama perlu begini dan begitu. Penonton kita suka terperangkap dalam realiti dan fantasi.

“Saya tidak mahu penamat yang klise. Walaupun cerita itu klise. Mesej saya mudah, jauhi arak. Kerana arak segala kemungkinan boleh berlaku. Kalau sudah mabuk, kita tak sedar diri dan apa saja berlaku. Sebab itu dalam drama ini penuh kejutan. Nama pun drama pasti banyak kemungkinan berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada penamat itu membawa kepada penerbitan TYT 2, Shahrulezad berkata belum ada perancangan ke arah itu.

“Sejujurnya, pihak TV3 sudah minta TYT 2. Cuma, apa yang menjadi isu sekarang adalah saya tak tahu lagi boleh buat plot lain atau tak. Apa yang dipaparkan semalam bukan nak pancing penonton akan ada TYT 2. Tak semestinya. Saya memang saja nak bagi gantung macam itu. Kalau penonton anggap penamat itu sebab nak terbitkan TYT 2, saya sangkal. Tak semestinya.

“Jadi, saya nak cakap ya dan tidak pun tak boleh. Segala kemungkinan boleh berlaku. Cerita ini pun ilham dari Allah. Kalau saya terfikir ada plot lain, saya akan buat. Kalau perlu, buat. Tak perlu, saya tak buat.

“Sebenarnya, tekanan kalau nak buat sekuel sebab penoton kita memberikan jangkaan yang lebih. Saya pula berkarya bukan nak beri dapat pujian orang. TYT saya buat dalam keadaan tenang. Kalau tertekan, saya takkan buat TYT 2. Saya tak nak mencalarkan niat yang ikhlas dalam berkarya. Saya tak nak buktikan pada orang saya hebat. Saya buat karya itu ikhlas. Kalau niat awal-awal nak drama trending dan tular, ia akan rosakkan niat. Kalau ada pun TYT 2, saya akan buat secara senyap saja,” katanya.

TYT menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad, Alvin Chong, Didie Alias, adik Isaac Iman dan ramai lagi.

Mika anak Ean atau Hakim? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo