Infotainment

Miliki Senapang AK47 Dan Peluru Hidup, Petani Di Kelantan Ditahan Polis

Miliki Senapang AK47 Dan Peluru Hidup, Petani Di Kelantan Ditahan Polis 1

Miliki Senapang AK47 Dan Peluru Hidup, Petani Di Kelantan Ditahan Polis 2

Senapang jenis AK47 mungkin sinonim digunakan sebahagian besar pemain permainan dalam talian yang bergenre peperangan dan survival, tetapi lain pula ceritanya di Kelantan apabila seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki model sebenar senapang itu.

Lelaki yang bekerja sebagai petani itu menurut laporan Harian Metro ditahan sepasukan polis Ahad lalu ketika serbuan dibuat di rumahnya yang terletak di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam serbuan yang dibuat sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Operasi Khas (D8) dan Siasatan Khas (D9) itu, pihak polis bukan sahaja menemui senapang, namun mereka turut menemui 142 peluru hidup di rumahnya.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kita mengenai penemuan ini sudah pastinya apakah dan bagaimanakah senapang berkenaan digunakan oleh lelaki yang bergelar petani ini.

Adakah beliau terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang seperti yang sering dilaporkan media-media mengenai mereka yang mempunyai senjata api sebelum ini?

Jawapannya, menurut pihak polis senapang berkenaan ‘dipercayai digunakan untuk menembak gajah yang merosakkan kebunnya’ dan tambah menyedihkan beliau juga didapati telah menembak dua ekor gajah sepanjang memiliki senjata berkenaan sejak lima tahun yang lalu.

“Hasil soal siasat dijalankan, suspek yang berusia 50 tahun itu memberitahu senjata diperoleh dari seorang rakannya lima tahun lalu, selepas mengadu mengenai gajah yang sering merosakkan kebun buah seluas enam hektar miliknya.

“Rakannya memberikan senjata itu kepada suspek untuk tujuan menjaga kebunnya dan dalam tempoh itu dua gajah sudah ditembaknya.

“Suspek juga mengaku kali terakhir menggunakan senjata itu dua tahun lalu selepas sudah tiada lagi ancaman gajah liar,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat seperti dilaporkan Harian Metro.

Susulan daripada serbuan itu juga, lelaki berkenaan dan isterinya kini direman sehingga 19 Disember ini dan pihak polis menjelaskan akan menjalankan siasatan lanjut terhadapnya.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara melalui perkongsian kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Warga Asing Rentas Negeri Jumpa Kawan Di Genting Hinglands Jadi Punca Kluster Genting

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Pesakit COVID-19 Ditempatkan Di Hotel First World

Malaysia Negara Kelima Dengan Kekuatan Tentera Terbesar Di Asia Tenggara




Miliki Senapang AK47 Dan Peluru Hidup, Petani Di Kelantan Ditahan Polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo