Berita

Minta maaflah Piala Malaysia ditangguhkan [METROTV]

Minta maaflah Piala Malaysia ditangguhkan [METROTV] 1

Minta maaflah Piala Malaysia ditangguhkan [METROTV] 2

Kuala Lumpur: “Minta maaflah kepada peminat bola sepak apabila mesyuarat memutuskan menangguhkan pertandingan Piala Malaysia.”

Demikian keputusan kerajaan berhubung status saingan Piala Malaysia apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan pertandingan bola sepak tertua di Asia itu ditangguhkan seketika ekoran pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian berkaitan Covid-19 berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat KKM.

Katanya, permainan bola sepak yang membabitkan sentuhan ketika bermain adalah merbahaya kerana ia boleh merebak sekali gus mengancam nyawa pemain.

“Selepas dibentang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KKM merasakan bahawa pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton tetapi ia kerana menyebabkan berlaku sentuhan dikalangan pemain-pemain.

Saingan Piala Malaysia yang sudahpun memasuki peringkat suku akhir kini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak. FOTO NSTP
Saingan Piala Malaysia yang sudahpun memasuki peringkat suku akhir kini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak. FOTO NSTP

“Dan mereka (pemain) agak lebih berbahaya kerana mereka berpeluk dan basah sesama sendiri, bersentuhan itu boleh dianggap lebih merbahaya kepada keadaan yang biasa.

“Kalau badminton mungkin tidak ada (sentuhan) walaupun ada pertandingan tetapi kalau perseorangan misalnya, ia persendirian, tapi bola memang tak boleh dielakkan berlaku sentuhan.

“Jadi KKM memandang ia agak merbahaya lagipun setiap negeri sudah ada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis saja, sedangkan negeri lain sudah PKPB, jadi kita tak benarkan adanya pertandingan.

“Maka mesyuarat membuat keputusan bahawa untuk pertandingan Piala Malaysia kita bersetuju untuk ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain yang akan kita umumkan nanti,” katanya.

Selepas berakhir pusingan pertama hujung minggu lalu, lapan pasukan sudah mengesahkan tiket ke suku akhir Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu FC, UiTM FC dan Perak.

Mengikut jadual pertandingan, aksi suku akhir sepatutnya berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini namun dengan pengumuman oleh Ismail itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa menangguhkan saingan itu.

Sabtu lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember depan.Pelaksanan PKPB menyaksikan larangan merentas negeri dikuatkuasakan selain aktiviti sosial seperti sukan juga adalah dilarang termasuk perlawanan bola sepak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Minta maaflah Piala Malaysia ditangguhkan [METROTV] 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo